Friday, June 27, 2025

ITG 5 - Ucapan Ustadz Hasbullah al-Ghazali (wakil talkin TG Indonesia)

 

UCAPAN IJTIMAK TAREKAT GHAZALIYAH kali ke-5 oleh Ustadz Hasbullah al-Ghazali (wakil talkin TG Indonesia) – nota ringkas :

1. Syukur kerana Allah memilih dan mengumpulkan kita.

2. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw.

3. Kita bersaksi akan Dua Kalimah Syahadah.

4. Semoga kita selalu istiqamah. Doakan saya juga agar dapat istiqamah.

5. Rasanya kita ini sudah seperti benar2 sebuah keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Begitulah perasaan ketika ini.

6. Antara khabar baiknya, anakanda kepada Ustadz Hasbullah berjaya menyambung pelajarannya ke Universiti Al-Azhar.

7. Lima sifat seorang ulama yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin adalah sebagaimana imam2 mazhab – ‘abid, zahid, ‘alim, faham masalah umat, dan bermatlamatkan Wajjah Allah.

8. Kitab Risalah Qudsiyah karangan Imam al-Ghazali (yang juga dimasukkan ke dalam kitab induk Ihya’) sebenarnya sangat luar biasa. Isi kandungan dapat menyelesaikan masalah2 berkaitan ‘aqidah dan tauhid dalam masyarakat di sekeliling.

No comments: