Sunday, June 8, 2025

Imam al-Ghazali pernah berguru dengan al-Farmadhi?

Imam al-Ghazali pernah berguru dengan al-Farmadhi?

 

Imam al-Ghazali berguru dengan banyak guru termasuklah al-Farmadhi untuk mendapatkan maqam kamal ad-diin yang sudah “mati” pada zaman itu.

 

Dengan segala guru, segala kitab dan segala aliran yang ada pada zaman itu, Imam Ghazali tidak dapat mencapat maqam yang sudah dinampak2nya itu kerana maqam itu sudah mati/ pupus/ terputus. Yang ada hanyalah orang2 bermaqam akhir ad-diin (kalau maqam ma'rifatullah itu awal ad-diin namanya).

 

 Setelah semua guru2nya meninggal dunia termasuklah al-Farmadhi, Imam al-Ghazali jatuh sakit misteri kerana ia sangat merindukan maqam yang sudah mati itu. Hal ini menyebabkan dia terpaksa keluar beruzlah. Dalam uzlahnya itulah baru dia berjaya mencapai dan menghidupkan semula maqam tersebut. Dan dalam uzlah itulah baru dia mengasaskan Tarekat Ghazaliyah. Hasil dapatannya itu dizahirkannya dalam bentuk kitab dengan nama Ihya’ ‘Ulumuddin. Dinamakan “ihya” yang bermaksud “menghidupkan” kerana Imam al-Ghazali berjaya menghidupkan  maqam kamal ad-diin yang sudah pupus pada zamannya itu (yakni maqam ketujuh selepas syariat – tariqat – haqiqat – ma’rifat (awal ad-din), nisf ad-diin (pertengahan), akhir ad diin – kamal ad-diin).

 

Dari segi kedudukannya, Imam a-Ghazali tidak terhenti pada maqam sultanul auliya’ atau qutub atau ghaus dan sebagainya (yang semua kedudukan itu sentiasa ada – berkesinambungan), tapi maqam yang disebut sebagai “sekiranya ada lagi nabi dalam kalangan umat ini” (maqam ini sesekali baru ada, ia tidak mesti ada pengganti). Selepas semua itu barulah Imam al-Ghazali menjadi mujaddid bagi kurun hidupnya itu (seorang mujaddid bagi setiap kurun).

 

Panjang lagi ceritanya, tapi cerita sebegini jika menurut adabnya biasanya dibentangkan dalam majlis penerangan Tariqah Ghazaliyah. Jadi, secara ringkasnya begitulah. Wallahua’lam.


No comments: