Di mana2 ada pengajian kitab Risalah Ladunniyah (Imam al-Ghazali) ini, cubalah risik2 tengok. Carilah guru yang kita rasa layak. Kalau dapat (jika tak dapat pun tak mengapa juga), carilah yang memang guru itu mengambil ilmu syarahan kitab ini daripada guru2 Tariqah Ghazaliyah juga. Sebab insya-Allah akan ada nilai tambah atau bonus.
Belajar kitab2 Imam al-Ghazali, lebih bagus jika dapat belajar dengan guru2 yang memang bertariqah Ghazaliyah. Kerana tak semua ilmu Imam al-Ghazali ini termuat dalam kitab2nya. Sesekali Imam al-Ghazali sebut sendiri hal ini dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Mengapa ya? Kerana banyak maklumat lain yang turun hanya melalui guru ke guru secara bersanad.
Contoh paling mudah, kerja2 penting Imam al-Ghazali dalam masa uzlahnya selama 10-11 tahun. Siapa yang tahu? Orang2 di luar daripada Tarekat Ghazaliyah tak tahu apa2 melainkan amat sedikit. Tapi maklumat yang turun dari guru ke guru melalui tariq Ghazaliyah ni, banyak ada.
…pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-296, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment