Friday, June 27, 2025

ITG 5 - Ucapan Tuan Abu Ihsan al-Ghazali (wakil talkin TG Malaysia)

 

IJTIMAK TAREKAT GHAZALIYAH ke-5 : Nota Ringkasan Ucapan Tuan Abu Ihsan al-Ghazali (wakil talkin TG Malaysia)

1. Allah menguji kita tetapi Dia tidak menganiayai kita.

2. Segala puji adalah bagi Allah. Ada empat jenis puji : Puji Allah kepada Allah, puji Allah kepada makhluk, puji makhluk kepada Allah, puji makhluk kepada makhluk. Semua puji kena pada Allah.

3. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw. Tanpa baginda, siapalah kita.

4. Kita bersyukur kerana dengan pilihan dan kehendak Allah, kita dapat hadir ke Ijtimak Tarekat Ghazaliyah (ITG) kali ke-5.

5. Tahniah kepada semua yang bersusah-payah melaksanakan ITG ini. Semoga berjayalah hingga ke akhir hendaknya.

6. Kelazatan yang paling agung dan paling tinggi adalah “memandang” Wajjah-Nya Yang Mulia.

7. Ijazah dan bai’ah merupakan permulaan kita untuk dibimbing oleh guru mursyid “menuju” kepada Allah Taala.

8. Dalam “jalan” ini sudah tentulah ada ujian (cabaran).

9. Ikhlaskan diri untuk berjalan dengan Tariqah Ghazaliyah.

10. Sememangnya bertarekat ini banyaklah amal2nya, tidaklah macam orang awwam.

11. Rasulullah saw : “Sessungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla membantu umat ini dengan (orang2) yang lemahnya, dengan doa mereka, dengan solat mereka, dan dengan keikhlasan mereka.” (An-Nasa’i dll, juga melalui Bukhari tanpa lafaz “dan keikhlasan mereka”)

12. Kisah seorang yang gagah melawan dan mengalahkan syaitan pada mulanya. Tetapi kemudiannya dikalahkan pula oleh syaitan kerana sudah hilang ikhlasnya dan hatinya sudah terpaut dengan keduniaan.

13. Allah SWT berfirman : “(Iblis) berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhan-ku), aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu dalam kalangan mereka (keturunan Nabi Adam) itu yang mukhlas (mempunyai keikhlasan yang tinggi)". (Sad : 82-83)

No comments: