Kita kenalah faham dan seterusnya kena sedar, bahawa tersingkapnya hijab lauh mahfudz itu, atau dikurniakan ilham, atau direzekikan dengan ilmu ladunni itu, bukan berlaku HANYA pada masa suluk, khalwat, uzlah SAHAJA. Ia berlaku pada bila2 masa ikut rezeki masing2. Seumpama nabi2 dapat wahyulah. Begitulah lebih kurang.
Ada ketika hendak tidur, ketika tidur, ketika solat terutamanya ketika sujud dalam solat (yang ini akan kita hurai dalam kuliah akan datang), ketika berperang, ketika baca khutbah, ketika baca Quran, ketika mengajar, ketika bertafakur, ketika membaca, ketika melihat alam, ketika duduk saja2, dsb.
…pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-296
No comments:
Post a Comment