Thursday, December 26, 2024

Surat Imam Ghazali kepada Raja Maghribi

 

Setelah mendapat khabar tentang kekalahan dan penderitaan kaum Muslimin di Andalusia (Sepanyol), Imam Al-Ghazali dengan segera menulis surat kepada Raja Maghribi (Morocco) iaitu Yusuf ibnu Tasyfin yang isi kandungannya begitu tegas :
“Pilihlah salah satu di antara dua, (sama ada engkau) memikul senjata untuk menyelamatkan saudara2mu di Andalusia, atau engkau turun tahta untuk diserahkan kepada orang lain yang sanggup memenuhi kewajiban tersebut.”

Tak Akan Dapat Mencintai Kebenaran Jika...

 

Cinta akan kebenaran adalah salah satu jalan keselamatan. Tidak akan dapat jadi pecinta kebenaran kecuali orang yang dipilih oleh Allah untuk mencintai kebenaran. Walau sehebat mana maklumat2 agama, jawatan, keturunan, pengaruh, keterkenalan, kelulusan dan sebagainya, jika tidak ada hidayah-Nya, maka tidak akan dapat mencintai kebenaran. Sungguh sangat beruntunglah orang2 yang diberi nikmat oleh Allah iaitu nikmat mencintai kebenaran. Kebenaran itu warisan baginda Nabi saw.

Dia Putarkan Roda Atas Bawah

 

Sewaktu ahli2 umat ini yang lain dianiaya dan dizalimi, kita senyap suara dan senyap tindakan, malah enggan. Lalu apabila Allah alihkan pula penganiayaan dan kezaliman itu kepada pihak kita walaupun dalam lain rupa, maka kita lantang mengharap agar ahli2 umat yang lain untuk ada bersuara dan ada bertindak? Allah putarkan roda atas bawah mengikut as-sa’ahnya.

Amal2 Boleh Dibuat BIla2. Tapi Belajar?

 

Umumnya untuk amal2 agama, kita dapat buat pada bila2 masa – zikrullah, berlafaz zikrullah, solat sunat, berselawat, tilawah Al-Quran, puasa sunat dsb. Tapi, peluang untuk memasukkan ilmu2 ke dalam diri (berguru & belajar) hanya dapat dibuat pada masa kita ada kelapangan. Jika tiada kelapangan, tak dapatlah kita pergi berguru dan belajar. Oleh itu, sangat hargailah masa kelapangan kita. 26 12 24

Mengapa Ahli2 Akhir Tidak Bercerita?

 

Ahli2 akhir (apatah lagi ahli2 kamal) amat jarang mahu bicarakan wilayah capaian mereka secara terbuka kerana ahli2 awwal (ahli2 ma’rifah, ahli2 awwaluddin) sendiri pun tidak dapat memahaminya. Apatah lagi orang2 biasa. Bukannya sengaja tidak mahu dihidangkan.

Antara Petua Qalbu Bahagia

 

Antara petua qalbu bahagia (sudah terbukti sangat berkesan kepada banyak orang) :

1. Isi masa dengan belajar agama, amalkan agama, sampaikan agama. Lebih2 lagi yang berkaitan dengan ilmu hati (al-ihsan, tasawuf).

2. Jangan ada perasaan dengki atau iri hati dengan orang lain.

3. Turut meraikan dan bergembira dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain.

Asalnya Tak Wajib, Hujungnya Jadi Wajib

 

Raja kerajaan Cendana Pura Sakti bertitah, “Beta SUKA jika ada hamba rakyat yang menanam pokok halia dan bunga cempaka.”

Sampai kepada pembesar berempat, mereka berkata, “Kita MENGALAKKAN hamba rakyat di negeri ini menanam pokok halia dan bunga cempaka.”

Sampai pula kepada pembesar berlapan, “Kita SANGAT MENGALAKKAN semua hamba rakyat di wilayah kita menanam pokok halia dan bunga cempaka.”

Dan apabila sampai kepada ketua kampung pula, “Kita MEWAJIBKAN semua hamba rakyat menanam pokok halia dan bunga cempaka.”


Maka yang mudah jadi susah, yang selesa jadi resah, yang tenteram jadi gelisah, yang lapang jadi sempit, yang ringan jadi berat, yang suka jadi duka...

Awat Dulu Tak Tarik Tangan Aku?

 

"Awat dulu tak cerita kat aku?"

(Oleh kerana sangat bersimpati dengan nasib yang menimpanya, dan berharap dengan luahannya dapatlah meredakan sedikit tekanan perasaan yang sedang ditanggungnya, maka sekadar tersenyum tanpa menjawab apa2 melainkan menjawab jugalah di dalam hati : “Nak cerita macam mana? Kerana terus kena boikot tanpa sempat bercakap sepatah pun.”)


"Awat hang tak bertegas hari tu? Hang marah pun tak pa aih, untuk kebaikan. Aku ok punya."

(Padahal waktu itu, baru buka mulut sikit, terus kena sindir, dilawak2kannya kita dengan kawan2ya depan2)


" Tanggungjawab hang kena tarik tangan aku. Seret aku. Tapi tu la hang..."

(Padahal time berselisih dulu paling muka ke lain. Camne teman nak “tarik tangan”?)


Akhirnya, sekadar menyuruh dia banyak berdoa dan bersabar sahajalah. Hendak menolong yang lebih lagi pun, tiada daya.

Amalkan Madu tetapi Jadi Mudarat

 

Sebahagian orang menyalahkan madu lebah kerana mereka secara tiba2 mendapat kesan buruk setelah mengamalkannya, atau mendapat kesan yang lebih buruk setelah mengamalkannya. Insya-Allah madu lebah asli tetap baik untuk kesihatan dan penyembuhan. Biasanya terjadi hal yang tidak diingini itu kerana :

1. madu itu tidak asli, cuma disangkakan sebagai asli. Ada yang :

i) madu asli tetapi dicampur dengan bahan2 biasa yang lain (*jenis ini umumnya masih ok juga)

ii) madu asli tetapi dicampur dengan bahan2 berbahaya.

iii) bukan madu asli tetapi campuran bahan2 biasa yang lain.

iv) bukan madu asli tetapi campuran bahan2 berbahaya.

2. dalaman diri sudah berubah yang menyebabkan madu asli pun sudah tidak sesuai lagi, bahkan boleh memudaratkan.


- petikan Pengajian Intensif Perubatan Nabawi Ikhtiar Muslim

Overtime untuk Mencari Kekeluargaan

 

Ada orang2 yang sanggup berkorban dan bekerja lebih masa untuk kumpul duit, kemudian travel jauh ke pedalaman untuk dapatkan ketenangan, kesendirian, dan kekeluargaan. Tapi ada orang2 yang sebenarnya sudah sedia ada itu semua, cuma kurang bersyukur kerana tidak tahu nilai nya.

Sunday, December 22, 2024

Tiada Lagi Buku2 Tarekat Ghazaliyah

 Makluman : Keempat2 buku Tarekat Ghazaliyah sudah tiada stok dan tidak dicetak lagi sejak awal tahun 2021. Mungkin tuan2 ada terbaca poster atau hebahan lama lalu cuba menghubungi nombor telefon tersebut. Sebenarnya pihak tersebut yang membantu Tarekat Ghazaliyah secara sukarela dalam penjualan buku2 itu ketika itu sudah tidak terlibat lagi. Tapi tadi baru kami mendapat tahu bahawa dalam sebulan dua tiga kali rupa2nya masih ada lagi orang2 yang menghubunginya untuk membeli. Oleh itu kami jelaskan di sini bahawa buku2 itu sudah tidak dijual lagi, dan tidak dicetak lagi. Segala pengajaran dan pembelajaran Tarekat Ghazaliyah sejak pertengahan 2021 (sejak bermulanya “as-sa’ah”) itu adalah secara talaqqi (berhadapan) sahaja. Oleh sebab itu, para pembaca janganlah menghubungi nombor tersebut lagi. Sekian, terima kasih kepada para pembaca sekalian. 22/12/24

Cari Guru 4 Tungku Agama yang Sesuai

 

Dengan guru al-islam (umumnya fekah), jika mahu belajar ilmu2 al-iman (aqidah) dengannya, umumnya ok. Tapi jika mahu MENDALAMI ilmu2 al-iman dengan dia, itu tidak kena tempat. Sebab itulah jadi masalah. Melainkan jika dia juga berilmu macam guru dalam al-iman.


Dengan guru al-iman, jika mahu belajar ilmu2 al-ihsan dengannya, umumnya ok. Tapi jika mahu MENDALAMI ilmu2 al-ihsan dengan dia, itu tidak kena tempat. Sebab itulah jadi masalah. Melainkan jika dia juga berilmu macam guru dalam al-ihsan.


Dengan guru al-ihsan, jika mahu belajar ilmu2 as-sa’ah dengannya, umumnya ok. Tapi jika mahu MENDALAMI ilmu2 as-sa’ah dengan dia, itu tidak kena tempat. Sebab itulah jadi masalah. Melainkan jika dia juga berilmu macam guru dalam as-sa’ah.


Dengan guru as-sa’ah, jika mahu belajar ilmu2 al-islam dengannya, umumnya ok. Tapi jika mahu MENDALAMI ilmu2 al-islam dengan dia, itu tidak kena tempat. Sebab itulah jadi masalah. Melainkan jika dia juga berilmu macam guru dalam as-sa’ah

 

Begitulah seterusnya. 

Circle pada 2025

 Ini penulisan menjelang tahun 2024. Menjelang 2025 ini pun mungkin masih relevan :


Memang benar. 2024 ini merupakan tahun yang sangat penting untuk kita “duduk” dalam circle yang mengakrabkan (mengkaribkan) kita dengan Allah, saling menyokong, saling mempercayai, saling meraikan, saling berkongsi maklumat, saling bertolak ansur dan saling mendoakan walaupun circlenya kecil sahaja. Kita utamakan kualiti berbanding kuantiti, walaupun kedua2nya kita pentingkan.

Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2

 

Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas teka-teka, tipu-tipu dan reka-reka.

Orang yang tidak ada ilmu tentang tasawuf sufi tetapi mahu berkata-kata atau mengajar tentang tasawuf sufi, maka ilmunya itu atas teka-teka, tipu-tipu dan reka-reka.

Orang yang tidak ada ilmu tentang tungku ad-diin keempat iaitu as-sa'ah tetapi mahu berkata-kata atau mengajar tentang tungku as-sa'ah, maka ilmunya itu atas teka-teka, tipu-tipu dan reka-reka.


20/10/24

Ilmu Zmn Akhir untuk Kesedaran dan Semangat

 

Ilmu zaman akhir ini antara matlamatnya adalah untuk mendatangkan kesedaran dan semangat, bukannya ketakutan melampau. Jika ada ketakutan melampau, ertinya seseorang itu sedang tidak mengikut disiplin dan kaedah2 dalam mazhab as saahlah itu. 17/10/24

Pak Long Tak Simpan Jambang?

 

Awat pak long tak simpan jambang?”

Pak Long memang jenis tak tumbuh jambang. Semula jadi.


Pak Long tak teringin ke nak berjambang?”

Mesti le teringin. Tapi dah memang jenis tak tumbuh jambang. Namun Pak Long rasa sangat bersyukur sebab ada sedikit janggut.

Berdegar2 Mahu Jadi Pejuang Al-Mahdi

 

Janganlah engkau berasa hairan sekiranya yang berdegar2 berbicara hendak menjadi tentera Mahdi untuk melawan fitnah D dan melawan D itu sendiri, mereka pula yang terawal yang meninggalkan berjuang, bahkan ada yang mengelak daripada berjuang pun. Sangat besar lagi amat gelap fitnahnya hinggakan amat ramai yang terpedaya. Itulah fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia. 19/10/24

Berhati2 Tumpangkan Orang2 ke Kapalmu

 

Berhati2 menumpangkan orang ke kapalmu, kerana ada orang yang akan sanggup menenggelamkan atau membakar seluruh kapal hanya kerana dia tidak dapat menjadi kapten, menjadi kesayangan kapten, atau menjadi orang penting dalam kapal.


Berhati2 dengan orang yang engkau tumpangkan ke kapalmu, kerana ada orang yang boleh mencemarkan imej baik kapalmu dengan tingkah-lakunya lalu memudaratkan semua.


Berhati2 membawa orang ke kapalmu, kerana ada penumpang yang tidak akan memperjuangkan kapal yang mereka tumpang kala diserang, tidak akan membantu kala kapal rosak di tengah lautan. Mereka hanya akan memperjuangkan kepentingan mereka sahaja.


Berhati2 memasukkan orang ke kapalmu kerana ada orang yang matlamatnya hanya mahu mencari2 rahsia kapal, bukannya ikhlas mahu menumpang.


20/12/24

Gaji Sama Tapi Komitmen Berbeza

 

Walau gaji dan pangkat sama, tapi tanggungjawab dan keperluan perbelanjaan tak sama. Sebab itu ada yang berduit, ada pula yang terhimpit. Ada yang seronok berbelanja, ada pula yang mengira2, dan ada yang sekadar melihat2 sahaja. Ada yang mampu memberi hutang, ada pula yang hanya mampu berhutang. Macam2 ada.

Pihak Yang Menzalimi Memang Boleh Berlakon Tenang

 

Pihak yang menganiaya memang boleh berlakon jadi tenang, manis muka lagi alim cara gaya kerana biasanya dia tidak mengalami sebarang kerugian. Pihak yang dianiayalah yang biasanya akan nampak tertekan dan bersusah-payah kerana dia berada di pihak yang mengalami kerugian. Lebih2 lagi jika yang menganiaya itu ramai manakala yang dianiaya itu sedikit atau berseorangan. Maka kita janganlah mudah2 terpedaya dengan menyangkakan bahawa si tenang, si manis muka lagi kelihatan warak itu yang benar atau lebih benar berbanding yang kelihatan cemas, tertekan, dan kelam-kabut.


Contoh 1 : Alif datang ke rumah Zaid ketika ketiadaan Zaid lalu melarikan isteri Zaid. Selepas itu Zaid pun pergilah mencari Alif lalu bertemu dengannya di tengah2 orang ramai. Memanglah Zaid kelihatan kurang tenang, kurang manis muka dan agak kelam-kabut kerana dia berada di pihak YANG SEDANG KERUGIAN dan mahu mencari penyelesaian. Al-maklumlah, isterinya dilarikan orang.


Kata Si Alif :

"Engkau nampak macam orang agama wahai Zaid. Yakinlah dengan rezeki dan ketentuan Allah. Takkan orang agama lemah al-yaqin, kan?

"Banyak2 bersabar. Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya. Istighfar banyak2."

"Relax le Zaid. Semua yang berlaku ni Allah punya kerja. Dia yang tetapkan macam tu. Kita redha je la dengan qada' dan qadar Dia. Allah berkuasa, kita makhluk tak dak kuasa."


Memanglah si Alif cakap pandai kerana bukan dia yang sedang berada di pihak yang mengalami kerugian dan tertekan. Dia boleh sahaja berlagak tenang, bercakap lemah-lembut, menyuruh bersabar dan banyakkkan istighfar, menyuruh ingat akan Allah dan bertawakal, manis muka, menyakitkan hati Zaid secara lembut, dan sebagainya untuk menunjukkan kepada orang ramai kononnya dia seorang yang budiman sedangkan Zaidlah seorang yang tidak mengikut lunas2 agama. Hal itu kerana Alif tidak sedang berada pada pihak yang mengalami kerugian lagi tertekan.


Maka sebahagian daripada orang ramai yang menyaksikan perbualan itu akan cenderung untuk meletakkan kebenaran pada diri Alif dan meletakkan keburukan pada diri Zaid, lebih2 lagi jika Alif bersama beberapa orang sedangkan Zaid bersendirian.


Contoh 2 :

Alif mengambil kambing peliharaan Zaid tanpa keizinan Zaid lalu menyembelih, menggulai dan memakannya bersama rakan-rakannya. Zaid yang baru dapat tahu, tentulah mahukan penjelasan. Mereka terserempak di surau. Zaid pun cuba bertanya kepada Alif tetapi Alif asyik mengelak. Kata Alif, "Sabar. Nanti kita bincang. Bertawakallah. Berserahlah. Isnya-Allah." Dah seminggu waktu diminta penjelasan, tiada sebarang tindakan. Lepas sebulan pun begitu juga. Tapi jika kemudiannya Zaid bertegas untuk minta penjelasan, dialah yang akan dipandang sebagai tidak tenang dan lebih mudah dicop sebagai pihak yang bersalah.


Kita yang beraqal dan berqalbu, jangan sesekali terpedaya dengan “permainan” sebegitu.

 

"Dan orang2 yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim, (lalu) mereka (berusaha dan berikhtiar untuk) membela diri mereka." (Asy-Syura : 39)


"Tetapi orang2 yang membela diri setelah dizalimi, tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka." (Asy-Syura : 41)


"Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang2 yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mempedulikan) kebenaran. Mereka itu mendapat seksaan yang pedih." (Asy-Syura : 42)

 


22/12/24

Buku2 Tarekat Ghazaliyah Sudah Tidak Dicetak Lagi

 

Makluman : Keempat2 buku Tarekat Ghazaliyah sudah tiada stok dan tidak dicetak lagi sejak awal tahun 2021. Mungkin tuan2 ada terbaca poster atau hebahan lama lalu cuba menghubungi nombor telefon tersebut. Sebenarnya pihak tersebut yang membantu Tarekat Ghazaliyah secara sukarela dalam penjualan buku2 itu ketika itu sudah tidak terlibat lagi. Tapi tadi baru kami mendapat tahu bahawa dalam sebulan dua tiga kali rupa2nya masih ada lagi orang2 yang menghubunginya untuk membeli. Oleh itu kami jelaskan di sini bahawa buku2 itu sudah tidak dijual lagi, dan tidak dicetak lagi. Segala pengajaran dan pembelajaran Tarekat Ghazaliyah sejak pertengahan 2021 (sejak bermulanya “as-sa’ah”) itu adalah secara talaqqi (berhadapan) sahaja. Oleh sebab itu, para pembaca janganlah menghubungi nombor tersebut lagi. Sekian, terima kasih kepada para pembaca sekalian. 22/12/24


Tenang Itu Bukan Petanda Sedang Benar

 

Tenang itu bukti benar? Tidak semestinya.


Ramai penagih bahan terlarang, tenangggg je. Benarkah mereka?

Ada penganut ajaran sesat yang tak kesah halal haram, berzina, mabuk... tenang aje. Benarkah dia?

Ada orang2 yang tidak bekerja, makan-minum ibu bapa tanggung, dan dia tenanngg sahaja. Benarkah mereka?

Banyak orang yang menganut agama2 lain dan mereka tenang. Benarkah mereka?

Banyak penjenayah dan penipu profesional ynag mereka tenannng sahaja. Benarkah mereka?


Tenang itu bukan bukti sedang benar.

Daurahkan Semula Kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal?

Ada hamba Allah minta sahaya daurahkan semula kitab Al-Munqiz min ad-Dhalal karya Imam al-Ghazali. Kitab ini pernah sahaya daurahkan beberapa tahun yang lalu. Buat masa ini belam dapat lagilah. Mungkin lambat lagi. 20/10/24

4 Mata Angin Alam Saadah

Ada yang cara gerak solat, puasa dan haji umrah (al-islam) betul, tapi tauhid (al-iman) bermasalah.

Ada yang politik pandai, tapi aqidah (al-iman) bermasalah.

Ada yang bacaan Quran sedap berlagu lagi hafiz, tapi tasawuf (al-ihsan) bermasalah.

Ada yang al-ihsan banyak ilmu dan amal, tapi as-sa’ah bermasalah.

Ada yang al-iman banyak tahu, tapi al-islam bermasalah.

Ada yang al-islam kemas, tapi as-sa’ah bermasalah.

Begitulah seterusnya bertimbal-balik.


Ini empat tungku agama, 4 fardhu ad-diin, 4 sisi tembok kota keimanan, 4 kaki “kursiy ketakhtaan”, 4 mata angin alam sa’adah, atau 4 rupa/ bayangan Adam dalam hadith Jibril (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa’ah) kena ada dan dipelihara sebaik2nya.


19/12/24

Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok

 

Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2 tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang, memang kebanyakan daripada kita akan terasa al-iman kita ok, al-islam kita lurus, al-ihsan kita betul, dan as-sa’ah kita tak ada masalah. Kita tak ada rasa takut tersalah, terkurang atau terlewat. Jika ada kekurangan dan kesilapan pun sekadar yang kecil2 sahaja dan dianggap tidak menggangu pun keagamaan kita. Namun zaman-berzaman pengalaman mengajar kita bahawa apabila orang2 sebegini mula berguru, belajar, mengamal dan mendalami keempat2 fardhu dan rukun ad-diin ini, mereka akan terasa sendiri bahawa masih banyak yang kurang ok, kurang lurus, kurang betul, dan memang ada masalah. Dari itu, mereka akan berusaha lagi dan lagi.


21/12/24

Bijak Urusan Dunia, tapi Lembab Pelajaran Agama

 

Memang ada segelintir golongan orang2 yang bijak dalam urusan2 dunia tapi dalam bab keagamaan mereka benak. Dihidangkan dengan ilmu yang mudah2 pun gagal mereka hadam.

Ada pula golongan orang2 yang laju dalam keagamaan tapi dalam bab urusan2 dunia dia benak pula.

Yang terbaik ialah mereka yang cergas dan cerdas dalam urusan2 keagamaan dan keduniaan.

Tapi yang paling kita kasihani ialah mereka yang lembab dalam urusan keagamaan, dan lembab juga dalam urusan keduniaan.

Keempat2 golongan pun kita kasih, kita doakan dan kita cuba bantu... walaupun kita sendiri serba-serbi lemah. Kurang2 pun, dapat sama2 berusaha.

22/12/24

Usaha Elak Buat Silap dari Awal

 

Elakkan buat silap. Jika ada berlaku, minimumkannya. Jika sudah tersilap langkah, lalu nanti baru hendak diperbetulkan semula - ada yang sudah tidak boleh diperbetulkan, ada yang susah untuk diperbetulkan , dan ada yang sangat susah untuk diperbetulkan. Tambah2 jika mazmumah ego kita tinggi. Sebelum terjadi, usaha dan ikhtiar tahap gigih lebih dahulu agar ia tidak berlaku. 20/10/24

Ratusan Kali Lebih Kuat daripada Besi

 

Ia memang amat jauh lebih kuat berbanding besi (hinggakan ada yang mengatakan sampai 200-300 kali lebih kuat atau lebih tahan). Ia amat nipis berbanding rambut (hinggakan ada yang berpendapat jutaan kali lebih nipis). Ada yang berpandangan bahawa jika ia dileburkan bersama-sama emas pada kepanasan lebih 1000 darjah Celcius, emas akan mencair tetapi ia tetap tidak terkesan apa-apa. Dikatakan bahawa ia adalah... material paling kuat di dunia. Wallahua’lam.

Cara Menilai Kelayakan Mentarbiahkan Ghazaliyah

 

ABC : Ada orang menulis tentang Tarekat Ghazaliyah.

XYZ : Ya. Memang banyak juga orang yang pernah menulis berkaitan Tarekat Ghazaliyah.

ABC : Bolehkah dia mengajar pelajaran Tarekat Ghazaliyah?

XYZ : Sekiranya dia memang layak, tidak menjadi sebarang masalah untuk dia menyampaikan pelajaran2 Tarekat Ghazaliyah.

ABC : Bagaimana hendak tahu sama ada dia layak atau tidak?

XYZ : Langkah awal, tanyakan siapakah gurunya dan bagaimanakah sanadnya. Kita telitilah.


Nafkah Zahir dan Nafkah Batin Kena Cukup

 

Dalam berumahtangga, nafkah zahir itu penting dan nafkah batin itu penting. (Ada juga yang menambahkan dengan “nafkah” ruhani tetapi tidaklah kita masukkan hal berkaitan di sini)

Macam2 kisah orang mahu berubat. Umumnya SIHAT2, tiada masalah kesihatan yang BERAT2, tinggal serumah (selalu bertemu), serta awalnya tiada masalah hubungan/ interaksi. Tapi...


i) Suami muda, 30-an, bergaya, sado, main gym tiap hari, berulas2 perut dan lengan, kaki bertumbuk, tapi ...mampu “layan” isteri sebulan satu dua kali sahaja. Asyik “tak bermaya” selalu.


ii) Isteri cantik, 30-an, make-up selalu, pandai bergaya, pakaian macam2 jenis ada, tapi... mampu “layan” suami sebulan sekali dua sahaja. Asyik mengelak.


iii) Suami 40-an, rajin buat tuisyen dan selalu motivasi/ kaunseling orang, tapi.. “layan” isteri sebulan sekali dan kadang2 tak ada langsung. Asyik keletihan.


iv) Isteri 40-an, jenis aktif joging, senamrobik dsb, badan langsing, tapi... sedia “layan” suami sebulan sekali dua sahaja. Asyik menolak.


v) Suami jenis sibuk 50-an, kaya-raya, bawa melancong serata dunia, hadiah2 tidak terkira, tapi... sebulan sekali pun kadang2 tak ada.


vi) Isteri 40-an, hebat jaga pemakanan, diet, ambil pelbagai supplement, cucuk sini sana, tapi... sebulan sekali dua sahaja. Asyik nak tidurkan anak lalu terlena dengan anak.


Macam2 kes sudah ditemui melibatkan perawat perubatan Islami sendiri, tentera, pegawia perubatan, guru dan sebagainya.


Sepatutnya dengan segala yang mereka usahakan dan dengan segala kecukupan yang mereka dapat DI ATAS ITU TADI membolehkan mereka menyelesaikan “urusan2 batin” dengan lebih baiklah. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Lebih2 lagi dalam 2-3 tahun belakangan ini.


Selalu yang disalahkan ialah kononnya terkena buatan orang (SIHIR) atau gangguan JIN (dua ini paling popular, padahal selalunya tak berkaitan pun), keletihan, kesibukan, peningkatan usia (baru 30-an, 40-an, 50-an... tak sepatutnya usia jadi masalah), masalah kesihatan (padahal bukan masalah kesihatan yang berat2).


Sebenarnya “hubungan’ suami isteri ini sangat penting. Jika berterusan seorang hendak, yang seorang ayik tak hendak, lama-kelamaan kerukunan rumahtangga memang boleh terganggu khususnya dari segi emosi. Dari situ nanti akan berpanjang2 pula ke hal2 lain. Akhirnya banyak tidak bahagia dalam kehidupan sehari2.


*Bagi yang memang ada masalah kesihatan yang berat, atau sesekali baru berjumpa, atau memang sedang ada masalah rumahtangga, ada pergaduhan atau sebagainya, tidaklah termasuk dalam penulisan ini.


19/12/24

Bertaubat dan Laksanakan Pembetulan

Tersilap? Bertaubatlah.


Saya sudah bertaubat, tetapi masalah2 saya masih seperti itu juga.”


Memang bagus jika kita sudah tersalah, tersilap, terzalim (walaupun ke atas diri sendiri kerana diri kita ini bukan kita yang punya melainkan ada Tuannya iaitu Allah) lalu kita bertaubat. Tetapi hendaklah difahami bahawa BUKAN SEMUA taubat selesai setakat itu sahaja.


Bertaubat dan dengan ikhlas hati terus berusaha membuat pembetulan.

Bertaubat dan dengan ikhlas hati mengakui kesilapan kepada makhuk2 yang terlibat.

Bertaubat dan dengan ikhlas hati memohon kemaafaan daripada makluk2 yang terlibat.

Bertaubat dan dengan ikhlas hati berusaha menggantirugi kepada makhluk2 yang terlibat.

.


Bertaubat dalam erti kata beristighfar, berdoa dan berdialog dengan Allah, yang ini ramai orang buat.

Bertaubat dalam erti kata tidak mengulangi kesalahan yang dibuat, yang ini kurang orang buat.

Bertaubat dalam erti kata berusaha membuat pembetulan, lebih2 lagi berterusan buat pembetulan, mengakui kesilpan, memohon kemaafan, dan mengganti kerugian... yang ini sangat kurang orang buat.


Umumnya, selagi tidak diselesaikan, maka selagi itulah akan tergantung. Ia hanya boleh diselesaikan sementara masih hidup ini sahaja. Jika sebentar lagi tiba2 mati tanpa sempat bertindak, amat malang sekali, kerana di sana nanti akan jadi berganda2 kali.


22/12/24

Saturday, December 21, 2024

Berhajat Ikuti Kuliah

 

Ixxxx Rxxxx menulis : Salam.. bagaimana nak ikuti kuliah?

Jawapannya : Wlksm.

1. Rakaman pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin boleh diikuti rakamannya sejak tahun 2011 sehingga sekarang (289 kali kuliah) di Y o u t u b e di channel https://www.youtube.com/@senidakwah .

2. Pengajian2 intensif dibuka untuk 10 orang sahaja (untuk fokus) pada satu2 masa secara talaqqi berhadapan (percuma sepenuhnya). Kena tunggu pengumuman di page FB Tarekat Ghazaliyah atau page FB Pak Long Abu Zulfiqar. Biasanya cepat penuh sebaik2 sahaja diumumkan.

3. Majlis penerangan, pengijazahan dan bai’ah Tarekat Ghazaliyah hanya dibuka setahun sekali. Tunggu pengumuman di FB juga.


9/12/24


Bermanfaatkah Ilmu Kita untuk Diri Kita?

 

Dengan ilmu yang aku ada sehingga kini, adakah aku lebih baik daripada dahulu?

Banyakkah bertambah baiknya itu, atau sekadar sedikit2 sahaja?

Cepatkan perubahan baiknya itu, ataupun lembab sahaja perubahannya?

Dengan ilmu2 itu, adakah aku dapat juga menambahbaikkan orang lain?

Perut Adalah Tentera Allah yang Sangat Hebat

Badan kita ini ibarat rumah. Perut kita pula ibarat ruang dapur. Perut kita ini tentera Allah yang sangat hebat. Ia ada tukang sambut, tukang saring, tukang proses, tokong lumat, tukang bersih, tukang masak, tukang hidang, tukang bahagi, tukang hadam, tukang buang dan sebagainya. (Dengan mendalami ilmu tasawuf, insya-Allah akan nampak lebih jelas akan hal2 ini).


Selagi benda2 masuk melalui “pintu” atau “tingkap”, insya-Allah tidak akan mudarat atau sangat kurang mudarat, melainkan jika melampau masuknya. (Contohnya : Madu sangat bagus untuk ke si ha tan. Ia memang ub at. Tapi ia sangat tak sesuai diminum sebotol 1 kilo pagi, sebotol tengah hari, sebotol petang dan sebotol sebelum tidur. Apatah lagi jika benda2 yang kurang manfaat atau yang membawa mudarat). Namun jika benda2 masuk melalui “lubang2 angin”, memang lebih banyak mudarat berbanding manfaat. Segala tukang2 yang disebutkan di atas tadi tidak dapat berperanan.


- Refleksi Pengajian Intensif Pe ru ba tan Nabawi Ikhtiar Muslim, 23 November

Mengapa Namanya Ilmu As=Saah?

 

Pertanyaan : Mengapa nama ilmu ini ilmu a-sa’ah? Tak mahukah memberinya satu nama yang hebat bunyinya sebagaimana ilmu2 lain?


Jawapan : Kerana sebegitulah namanya ketika kami mengambil ilmu ini daripada mursyid kami. Begitu jugalah namanya ketika mursyid kami mengambil daripada mursyidnya. Dan begitulah seterusnya sampailah kepada Imam al-Ghazali. Maka kita kekalkan namanya sebagai ilmu as-sa’ah sahajalah.


Dalam hadith Jibril pun memang namanya as-sa’ah. Dinyatakan di sana ada empat tungku agama atau 4 fardhu ad-diin iaitu al-iman, al-islam, al-ihsan dan al-sa’ah. Lagi pun ada nama “as-sa’ah” itu sendiri ada maklumat2 penting di dalamnya. Wallahua’lam.


10/12/24

Pengajian 7 Hari Tarekat Ghazaliyah

 

Sahaya berangan2 sahaja dahulu, bahawa pada suatu hari nanti, manalah tahu panjang umur dan diizinkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sahaya berhasrat untuk menjalankan tarbiah lengkap khususnya untuk pelajar2 masa akan datang selama 7 hari 7 malam – satu pakej lengkap. Seperti biasa, 10 orang sahaja agar dapat fokus. Contoh tentatifnya :


Hari Pertama (bermula petang) :

1. Majlis Penerangan & Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah (petang)

2. Daurah Kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – (malam)


Hari Kedua :

1. Pengajian Intensif Ilmu ‘Aqidah Imam al-Ghazali (pagi petang)

2. Pengajian Intensif Ilmu Bahasa Halus Imam al-Ghazali (asas) – (malam)


Hari Ketiga :

1. Daurah Kitab Terpedaya (Ihya’ ‘Ulumuddin) – (pagi)

2. Daurah Kitab Cinta Allah (Ihya’ ‘Ulumuddin) - (petang)

3. Majlis Pengisian Tarekat Ghazaliyah (malam)


Hari Keempat :

1. Rahsia Sejarah Imam al-Ghazali (pagi)

2. Rahsia Sejarah Raja2 & Ulama2 Bertarekat Ghazaliyah (petang)

2. Daurah Kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal karya Imam al-Ghazali (malam)


Hari Kelima :

1. Pengajian Intensif Ilmu As-Sa’ah Imam al-Ghazali (asas) – (pagi petang)

2. Pengajian Intensif Ilmu As-Sa’ah Imam al-Ghazali (lanjutan) – (malam)


Hari Keenam :

1. Pengajian Intensif Ilmu Tafsir Mimpi Imam al-Ghazali (pagi)

2. Pengajian Intensif Ilmu Bahasa Halus Imam al-Ghazali (lanjutan) – (malam)

3. Pengajian Intensif Ilmu Alam Imam al-Ghazali (malam)


Hari Ketujuh :

1. Daurah Kitab Risalah al-Laduniyah karya Imam al-Ghazali (pagi)

2. Majlis Penutup dan hal2 lain (petang)

3. Sembang santai (malam, bagi yang belum pulang)


Pasang niat sahaja dulu. Jadinya belum tentu.