Ada
segelintir pihak yang mempertikaikan amalan berdoa kepada Allah.
Berikut merupakan sedikit penjelasan kita akan sebab-musabab berdoa
itu menjadi amalan kita.
1.
Kerana berdoa itu perintah Allah.
Firman-Nya
‘Azza wa Jalla :
وَقَالَ
رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ
ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ
عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ
دَاخِرِينَ
“Dan
berfiman Rabb-mu : “BERDOALAH
kepada Aku, nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang2
yang TAKBUR
(sombong) daripada berabdi kepada Aku akan masuk ke neraka Jahannam
dalam keadaan hina.” (Ghafir
: 60)
Selain
daripada berdoa itu arahan Allah, orang2 yang tidak berdoa dikaitkan
pula oleh Allah SWT dengan kesombongan (takbur) dan neraka jahannam.
2.
Kerana dalam doa ada pengiktirafan, pengagungan dan kerendahan diri.
Berdoa
sangat disukai oleh Allah kerana sama ada secara langsung atau tidak
langsung ada pengiktirafan dan pengagungan terhadapnya sebagai Rabb,
Ilah, al-Maalik, as-Somad, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Memberi. Yang Maha Kaya dan sebagainya lagi. Selain itu
berdoa juga menunjukkan pengakuan bahawa kita ini hamba, lemah,
rendah, serba kekurangan, miskin, tunduk dan sebagainya. Hal2
sebegini sangat disukai oleh Allah.
3.
Kerana berdoa itu sunnah nabi2 dan wali2.
Berdoa
adalah sunnah para nabi (anbiya’) dan para wali (auliya’). R4S
(Rasululah saw, 4 sahabat paling utama & Sahabat2 utama yang
lain) sangat banyak berdoa. Dalam Al-Quran, ada sahaja doa Nabi Adam,
Nuh, Ibrahum, Lut, Yusuf, Musa, Ayyub, Sulaiman, Zakaria. Mereka yang
bertaraf rasul dan nabi itu pun banyak berdoa.
Berapa
banyak kitab2 dan risalah2 doa yang disusun oleh para ulama? Imam
al-Ghazali sendiri dalam kitab induknya iaitu Ihya’ ‘Ulumuddin
memuatkan banyak sekali doa-doa. Menurut Imam al-Ghazali, ada 4
aktiviti waktu lapang yang sangat dianjurkan iaitu tilawah (dan
tadabbur Al-Quran), zikir, fikir (tafakkur) dan DOA. Maka lebih
utamalah untuk kita mencontohi sunnah para anbiya’ dan auliya’
berbanding “sunnah” orang2 lain.
4.
Kerana Allah yang melorongkan kita untuk berdoa.
Dari
segi hakikatnya, apabila kita berdoa, itu ertinya Allah yang
melorongkan kita untuk berbuat demikian. Selain daripada Allah, tidak
ada sesiapa atau sebarang kuasa yang dapat membuatkan kita berdoa.
Begitulah pada hakikatnya.
5.
Kerana doa itu antara petanda Allah hendak memberi.
Apabila
Allah melorongkan kita untuk berdoa, umumnya itu bermaksud Dia hendak
memberi. Apabila Dia hendak memberi, maka dibuatkan kita berdoa.
Begitulah umumnya. Apabila raja dan penguasa hendak memberi, patutkah
kita menolak pemberian mereka? Pemberian Allah tentulah lebih lagi.
6.
Kerana mereka yang mempertikaikan berdoa itu juga ada memohon kepada
makhluk.
Antara
pengertian berdoa ialah memohon, meminta, dan mengharap akan sesuatu
tindakan. Mereka mempertikaikan amalan memohon kepada Khaliq tetapi
dalam masa yang sama mereka sendiri begitu banyak memohon kepada
makhluq. Contohnya :
i)
“Tolong ambilkan barang itu sekejap.”
ii)
Mengisi borang permohonan agar diluluskan sesuatu oleh pihak
tertentu.
iii)
“Buatkan kopi untuk saya.”
Dengan
makhluq, mereka meminta. Tetapi dengan Khaliq pula mereka enggan
meminta. Yang mana satukah yang As-Somad dan Ar-Rahmaan?
7.
Kerana berdoa itu memohon, bukan memaksa.
Berdoa
itu memohon kepada Allah. Ibarat kita memohon kepada raja. Tidak ada
salah di mana-mana. Yang salahnya jika melampau dalam berdoa sehingga
berubaha jadi memaksa. Raja pun akan murka jika dia dipaksa2 oleh
hamba rakyatnya. Dalam berdoa, kita hanya membuat permohonan kepaad
Allah, bukannya memaksa2 atau memerintah Allah.
8.
Kerana R4S, para nabi dan para wali lebih utama.
Sebahagian
orang mendakwa : “Kami sudah berada pada maqam sekian2 yang sangat
tinggi. Maka tidak ada doa-doa lagi. Orang2 lain yang maqam rendah
pun sama. Buat apa nak doa2 lagi?”
Pencerahannya
: “R4S, para anbiya’ dan auliya’adalah lebih tinggi maqam
mereka, dan mereka banyak berdoa. Maka kami mengikut mereka.”
KESIMPULANNYA
1.
Berdoa tidak mencacatkan apa-apa.
2.
Berdoa dapat membawa kita ke maqam2 yang tinggi.
3.
Teruskanlah berdoa.
7/12/24