"Sekarang ni musim perawat buat duit tapi apasal ustaz stop merawat?" Begitulah pertanyaan salah seorang yang mahu mendapatkan khidmat.
Seorang teman pula mengatakan (menulis) : "Merawat kan khidmat untuk umat jugak ustaz? Elok ustaz teruskan."
Jawapan saya :
1. Ada urusan untuk agama dan umat yang lebih penting daripada itu yang terpaksa saya dahulukan buat masa ini, sekalipun saya memang mencintai bidang perubatan Nabawi (Islami, alternatif atau apa jua nama yang membawa maksud yang sewaktu dengannya). Maka sejak Mac-April 2022 yang lalu saya sudah berhenti sepenuhnya.
2. Selama ini (sejak 2005) rawatan saya memang percuma. Jadi, walaupun bermula hujung tahun lepas sehinggalah sekarang (berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengakuan sahabat2 perawat) merupakan ERA PALING MEWAH bagi para perawat (kerana lambakan orang2 yang mengalami masalah kesihatan), hal itu tidaklah membuatkan saya tertarik.
*Jangan banyak terkejut jika dalam suasana masyarakat tertekan dengan masalah kewangan hari ini, ada tok2 bomoh yang dulunya biasa2 sahaja tetapi kini melonjak mewah hidup mereka. Memang ambil kesempatan sungguh. Ye lah, dulu sehari 1-3 orang pesakit. Dapatlah RM100-150 sehari. Sekarang sudah 7-8 orang sehari, dicampur dengan kelentong begitu begini, sehari 2-3 ribu. Kena gaya, dapat orang terdesak, jenis mudah percaya dan berwang pula, silap2 belas ribu sehari dikautnya.
**Nak jadikan ubat-mengubat sebagai kerjaya, sekaranglah masa yang paling cantik. Untung lagi daripada makan gaji. Sekadar contoh, mereka masukkan beberapa butir beras ke dalam air mineral, bacakan sesuatu sekejap, dan beritahu bahawa ia penawar kepada masalah sesak nafas, mudah kehilangan stamina, untuk pulihkan tenaga batin, pelbagai jenis kanser, darah tersumbat, masalah paru-paru, sakit kaki lutut ke bawah, masalah haid dan turun darah, masalah jantung, kudis serata badan, mata kabur atau sakit tiba2, strok, batuk berterusan, selalu demam, selalu sakit kepala, masalah buah pinggang, terdengar bisikan atau suara bisikan, kemurungan, emosi tak stabil.... berbotol-botol sekali orang beli. Orang terdesak. Memang menguntungkan. Modal RM1 boleh dijual RM20 sebotol.
*** Yang paling banyak sekarang sebenarnya masalah kesihatan fizikal. Kemudian barulah masalah berkaitan emosi/jiwa dan masalah ghaib-ghaib (gangguan jin, sihir, buatan orang dan seumpamanya). Tapi kalau nak duit segera, banyak, berulang-ulang pula dapatnya, mereka terus sahaja kaitkan batuk berterusan dengan santau, selalu terdengar suara kaitkan dengan saka, asyik turun darah melimpah kaitkan dengan buatan orang. Boleh "makan besar" lagi. Ramai yang akan akur. Apabila kita sudah tunduk, mudahlah duit kita disedut.
Begitulah ceritanya. Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
29/10/22
Blog Debunga Teratai Syurgawi