Saturday, September 25, 2021

Tulisan2 Pendek Abu Zulfiqar

 

1. Memang sangat benarlah, penyakit wahn adalah lebih membinasakan berbanding penyakit wuhan.

Dengan izin Allah, jadikan 4 tungku agama dalam hadith Jibril sebagai perisai, pencegah, penawar, dan penyembuh.



2. Tidurnya banyak tetapi mahu menjadi ahli sufi dan ingin mencapai maqam2 yang tinggi, tentulah sukar diperolehi. Kurangkan sedikit tidurnya, insya-Allah ada lebih rezeki.



3. Orang2 yang tidak amanah dalam memberikan definisi, apalah lagi yang boleh kita harapkan keamanahannya dalam hal2 lain? Walau setinggi mana kelulusannya, sebesar mana serbannya, seramai mana guru2nya, sepanjang mana janggutnya, sebanyak mana penyokong2nya, sefasih mana bahasanya, selaut mana hafalannya... apabila tiada amanah, besar risiko mudaratnya.



4. Jika engkau mahukan kebenaran, biasanya eloklah jangan ditanya kepada mereka yang punya kepentingan dari sudut wang dan kedudukan, kerana lidah mereka terikat dengan kepentingan2 tersebut, dan biasanya mereka akan mendahulukan kepentingan2 tersebut berbanding kebenaran.


(Begitulah lebih kurang kata2 mursyid sahaya lama dahulu. Dia taklah berkata2 dalam bahasa Melayu standard sebegitu, tapi dalam loghat orang Perak Tengah)



5. KADANG2, anak2 yang buat kerja lebih ini, yang siap kerja lebih awal ini, kena diberi sedikit "gula2" terlebih dahulu, agar dia tidak terasa yang usaha lebihnya itu atau awal hadirnya itu tak ada beza pun dengan adik-beradiknya yang lain. Biarlah kelihatan MACAM ada perbezaan.

Kita kena buatkan dia BERASA mendapat sesuatu sebagai penghargaan atas kerja lebih atau awal hadirnya ke meja makan itu, walaupun selepas itu sebenarnya semua isi keluarga tetap akan menikmati hidangan makan tengah hari yang sama juga.


No comments: