1. Hendak mendaki dari awwal ad-dinn (ma'rifatullah) ke nisf ad-ddin, lalu ke akhir ad-ddin dan kemuncaknya ke kamal ad-ddin itu ibarat mendaki gunung.
Lagi tinggi, lagi sukar pendakiannya.
Kerana lagi tinggi, lagi curam laluannya.
Lebih kuat rintangannya.
Lebih kuat anginnya.
Lebih mudah hilang tenaganya
2. Ibarat condongnya itu,
untuk sampai ke awwaluddin (ma'rifatullah) securam 22.5 darjah.
Menuju ke nisfuddin curamnya 45 darjah.
Untuk tiba ke akhiruddin condong laluannya 67.5 darjah.
Dan untuk mencapai kamaluddin itu tegak laluannya 90 darjah.
Makin tinggi dakian, makin sukarlah jalan.
Mendaki dengan kecondongan2 yang berbeza ini memerlukan pengetahuan dan pengamalan yang berbeza.
3. Sebab itulah ketika mendaki ke awwal ad -diin, biasanya ramai orang.
Apabila mahu meneruskan pendakian ke nisf ad-diin, sudah mula berkurang. 45 darjah punya kecondongan. Baru 100 langkah sudah termengah seperti orang lelah.
Apabila mahu meneruskan pendakian ke akhir ad-diin, lagilah sangat sedikit.
Dan ketika meneruskan pendakian ke kemuncak iaitu kamal ad-diin, hanya beberapa orang sahaja. Dengan kecondongan/ kelurusan 90 darjah, lebih sesuai disebut pemanjatan.
4. Sebab tu jugalah ketika mahu mendaki ke paras awwal ad-diin (ma'rifatullah), guru boleh usaha untuk pegang tangan, tarik tangan, tolak dari belakang, malahan untuk memikul pun. Al-maklumlah, kecondongannya tidak seberapa.
Tetapi apabila mahu mendaki menuju paras nisf ad-diin, dengan kecondongan 45 darjah, kita kena mula banyak berusaha sendiri dengan panduan2 daripada guru. Hanya sesekalilah kot guru dapat tolong tarik tangan dan tolong tolak ke depan.
- Petikan halaqah usrah 19/9
No comments:
Post a Comment