Pagar kepada fitnah Djl itu kena ada tiang2nya. Jika ada gelungan dawai tapi tiada tiang2nya, bagaimana mahu didirikan pagar itu? Tak perlu ditolak pun, kerana pagar itu memang tidak berdiri pun. Maka masuk menyerbulah haiwan2 liar ke arah kita. Insya-Allah perihal pagar dan tiang ini kita akan panjangkan dalam pengajian zaman akhir kali ke-52 nanti.
- Halaqah usrah 19/9/2021
Selalu orang mesej kepada sahaya mengatakan hati mereka tidak tenang. Antara isi jawapan sahaya pun sama sahaja - belajar sufi dan amal sufi. Insya-Allah hati akan jadi tenang, atau banyak tenang, atau lebih tenang.
Tapi jika belajar sahaja tanpa diamal, pada adatnya tak akan dapat jugalah ketenangan itu.
Hati ikhlas belajarnya dan istiqamah beramalnya. Insya-Allah dapat.
- Halaqah usrah 13/9/2021
Jika kita berusaha gigih melatih diri dan ahli keluarga kita dengan ajaran dan amalan kesufian, insya-Allah walau sudah setahun setengah kita lebih banyak kena berada di rumah pun, tetap masih banyak berasa bahagia, tenang dan ceria. Hampir2 tiada perasaan gelisah, marah, tidak tenang, bosan, dan menderita.
Mengapa? Kerana ajaran dan amalan kesufian ini telah menundukkan dan mematahkan banyak kehendak2 hawa nafsu kita, yang selama ini menjadi beban di bahu kita.
Kehendak2 inilah yang sangat banyak membuatkan manusia menanggung derita. Dari semasa ke semasa beban tanggungan itu kita yang menambah-nambahnya sendiri. Lagi banyak kehendak, lagi banyaklah penderitaan jiwa.
Jika kita berjaya menundukkan kehendak2 ini, insya-Allah jiwa kita akan berasa saaaangat lapang....... seolah2 diri kita ini satu diri yang baharu. Cubalah.
- Halaqah usrah 13/9/2021
No comments:
Post a Comment