Wednesday, September 8, 2021

Antara Pengisian Halaqah Usrah 1/9/2021

 

Kita hendak menjadi ahli sufi tetapi... kehendak hawa nafsu kita terhadap dunia masih lebih kurang sama sahaja dengan orang yang benar2 awwam. Kan pelik? Biarlah ada beza.

 

- Halaqah usrah 1/9/2021



Sebahagian daripada orang kita ni memang mudah2 dikenakan orang. Guru saya pernah bercerita, dulu sewaktu Inggeris hendak membuka Georgetown di Pulau Pinang (kawasan Georgetown itu masih hutan pada waktu itu berbanding Batu Uban dan Balik Pulau yang sudah berpetempatan), Inggeris tawarkan upah termasuklah wanga emas kepada orang2 kita untuk meneroka dan menerangkan kawasan tersebut. Tetapi tak ada sesiapa pun yang mahu. Antaranya kerana tak mahu bermajikan akan Inggeris.

Kemudian, Inggeris masukkan wang emas ke dalam meriam lalu ditembakkan ke arah kawasan yang bakal dijadikan Georgetown itu. Berduyun2 orang pergi mencerahkan hutan untuk mengutip wang2 emas. Padahal wang emasnya tidaklah sebanyak upah yang bakal dibayar sebelum itu.

Maka, teranglah kawasan tersebut dan mudahlah kerja2 Inggeris untuk membina pangkalan di Georgetown.

Mereka cuma perlu mengubah sudut pandangan sahaja, maka berjayalah kerja2 mereka bahkan lebih untung pula lagi.

 

- Halaqah usrah 1/9/2021


Alangkah banyaknya hal2 yang kita bincangkan pada awal tahun dahulu yang tidak dipercayai oleh banyak orang tetapi kini hampir kesemuanya menjadi kenyataan. Satu-persatu muncul dengan bukti-buktinya.

 

- Halaqah usrah 1/9/2021


Bagi suami2 yang mampu, mesti mengajarkan kepada ahli keluarganya kesemua 4 tungku ad-diin dalam hadith Jibril, sekadar kemampuan sekalipun yang asas2. Bukan 3 tungku sahaja, atau dua tungku sahaja, atau satu tungku sahaja. Tungku ad-diin ini tidak boleh dibuang atau diabaikan walau salah satu. Semuanya berada dalam hadith yang sama iaitu hadith Jibril yang membicarakan tentang ad-diin. Jika tiada atau kurang ilmu, bergurulah kepada yang ahli.

 

- Halaqah usrah 1/9/2021


No comments: