Friday, September 24, 2021

Berubah kerana Amalan Harian

Daripada hidup seakan2 tiada makna, kini hidup menjadi sangat bermakna. Padahal perubahan yang dilakukannya adalah dalam hal yang biasa2 sahaja pada pandangan kebanyakan orang.


Begitulah yang terjadi kepada seorang hamba Allah yang sering terbaca tulisan (yang hampir2) harian sahaya yang berbunyi :


Zikir Harian terus dibuat.

Solat sunat walau dua rakaat.

Baca Al-Quran walau satu ayat.

Sampaikan dakwah walau dengan satu isyarat...

...pada setiap hari.


Ringkas sahaja pesanannya tetapi selalu diulang2.


Hamba Allah ini selalu terbaca tulisan tersebut. Pada awalnya buat endah dan endah sahaja. Tetapi suatu ketika hatinya berasa hendak melakukan saranan2 dalam rangkap yang ringkas itu.


Lalu dia yang sebelum ini sekadar menyelesaikan solat lima waktu sahaja, kemudiannya sudah mula istiqamah mengamalkan zikir harian Imam Al-Ghazali yang ringkas2 itu.

Daripada tiada solat sunat, dia mula istiqamah solat sunat walaupun sekadar dua rakaat pada setiap hari.


Daripada sudah lama tidak buka Al-Quran, dia mesti buka Al-Quran dan baca walau sedikit pada setiap hari.


Daripada tidak ada minat untuk menulis atau sharing sesuatu tetang hal ehwal agama, kini setiap hari dia akan menulis atau share hal2 berkaitan agama di media2 sosial sekurang2nya satu posting. Dia sudah berdakwah.


Umumnya daripada seorang yang tiada amalan zikrullah tambahan, tiada solat2 sunat, tidak buka Al-Quran, dan tiada dakwah, kini dia sudah istiqamah dengan semua itu setiap hari.

Patutlah dikatakannya kepada sahaya bahawa hidupnya kini dirasakan sangat bermakna berbanding dahulu.


Semoga Allah tambah2kan lagi.


No comments: