Friday, September 24, 2021

Pengisian Zaman Akhir 3

 


1. (Tentang) Kita berdoa. Pada hakikatnya Allah yang membuatkan kita berdoa. Apabila Allah buatkan kita berdoa, kemungkinan besar Dia hendak memberilah tu. Jadi, Dia buatkan kita meminta.


Macamlah juga kita belajar ilmu2 zaman akhir ini. Pada hakikatnya Allah yang buatkan kita sanggup korbankan masa dan tenaga untuk belajar. Apabila Allah buatkan kita belajar ilmu2 zaman akhir ini, kemungkinan besar Dia nak selamatkan kitalah tu. Jadi, Dia buatkan kita belajar.


Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.



2. Dalam pengajian2 akhir zaman yang kita buat pada tahun 2007 hingga 2009 dulu, matlamatnya lebih kepada untuk tahu, untuk ilmu. Tapi dalam pengajian2 zaman akhir yang kita buat sekarang, matlamatnya lebih kepada untuk kenal (ma'rifah), untuk faham, untuk melalui, untuk merasai.


Tahu, belum tentu kenal. Kenal, sudah tentu tahu.

Tahu siapa Perdana Menteri Pakistan? Mungkin ramai yang tahu, tetapi tidak (sampai) kenal.


Tahu Allah kan berbeza dengan kenal Allah?



3. "Pada akhir zaman ini fitnah yang berlaku amat berat dan amat halus, seumpama semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap."


Ia sukar untuk dinampak, sukar untuk dikesan, susah untuk disedari, bahkan sukar untuk diakui, kerana ia sangat halus, sangat gelap, berlaku secara tiba2-tiba, berlaku secara mengejut, dan kerana ia sangat mengelirukan.



4. Pengajian akhir zaman dan pengajian zaman akhir tidak sama dengan 'pengajian' teori konspirasi. Jangan disamakan. Tetapi inilah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita, sebahagiannya.


Antara sufi dan syiah tidak boleh dibeza. Dok rasa sama kerana tidak ada pemahaman. Kadang2 ilmu tu ada juga, tapi pemahamannya tak ada.

Tasawuf dan falsafah tak boleh nak dibeza. Dok rasa sama je, kerana tak ada pemahaman.


Tauhid aqidah dan tauhid tasawuf tak boleh nak dibeza. Dok rasa sama je kedua2nya, kerana tidak ada pemahaman.


Allah dan yang bukan Allah pun tak boleh nak dibeza, kerana tak ada pemahaman.

Yang qadim dan yang baharu pun tak boleh nak dibeza, dok rasa sama, kerana tak ada pemahaman. Kadang2 ilmu tu ada, tapi pemahamannya tak ada.

Nak tahu bezanya, kena bergurulah.



5. Memang persediaan dibuat agar apabila Mr D muncul nanti, majoriti manusia akan berasa ok dengannya, x berasa janggal dengannya, tak berasa pelik dengannya, tak berasa ia berbahaya, berasa ia memang bagus, berasa kita memang kena menerimanya, berasa ia sebagai penyelamat - seakan2 ia Superman.


Manusia akan terasa Mr D ini sebagai penyelamat kerana ia membuatkan manusia berasa selamat dari segi politik, dari segi beragama, dari segi ketentaraan, ekonomi, budaya, seni, kesihatan, hiburan , pendidikan , dan sebagainya.


- Dipetik daripada video Pengajian Zaman Akhir

No comments: