Friday, September 24, 2021

Pengisian Pengajian Zaman Akhir 4

Dalam pengajian zmn akhir mengikut aliran yang kita bawa ni, ada adab2nya, hukum2nya yakni peraturan2nya, usul2nya, dasar2nya. Kita tak akan melencong daripada usul2 dalam ilmu ini. Jika tidak, umumnya orang boleh berkata apa sahaja, boleh percaya apa sahaja, dan boleh sebar apa sahaja.

 

Semua ini seolah2 satu jambatan. Jadi, kita nak bergerak ke tepikah, ke tengahkah, ke kanankah, ke kirikah, bergerak lajukah, bergerak lambatkah (ketika melintas itu), jangan sesekali terkeluar daripada jambatan, kerana kita akan terjatuh ke dalam jurang - binasa.



Umat Nabi Muhammad SAW ini semuanya hidup pada akhir zaman. Tidak ada seorang pun daripada umat Nabi Muhammad ini yang terlepas daripada akhir zaman. Kerana itulah tungku keempat dalam hadith Jibril itu kena pada semua orang.



Mengapa kita sampaikan ilmu (tentang penggredan maklumat2 untuk zaman akhir) ini? Kerana ada perkara2 yang hendak kita kongsikan selepas ini, dan agar kita tak mudah2 untuk meyakini sesuatu dan tak mudah2 untuk menafikan sesuatu.



Mengapa mereka berusaha keras untuk buat robot seakan2 manusia, sebagaimana kerasnya usaha mereka untuk bina petempatan di angkasa lepas. di luar bumi, atau di planet2 lain?

i) Robot tak boleh melahirkan. Maka populasi penduduk bumi tidak akan bertambah sebagaimana sekarang.

ii) Robot tiada masalah cinta, pasangan, keluarga, anak2, dan kaum kerabat. Maksudnya tak ada komitmen dengan selain daripada tuannya sahaja.

iii) Robot sentiasa patuh, robot tiada emosi.

iv) Robot tidak ada agama.

v) Robot tak perlu dilayan dengan sifat2 kemanusiaan.

vi) Robot tak kena penyakit yang menyerang manusia.

vii) Robot boleh buat kerja2 berisiko tinggi, kerja2 yang tak mampu dicapai oleh manusia, ia boleh dikorbankan dengan mudah. Ringkasnya, tak kesah.



Tarekat Ghazaliyah ini berkait dengan zaman akhirkah?

Semua tarekat yang benar pasti sangat berkait dengan zaman akhir.


Sebenarnya saya bercadang untuk buat 8 buku tentang hal ehwal Tarekat Ghazaliyah. Cadangnya dalam buku yang ke-7 dan ke-8 baru nak hurai tentang yang Imam al-Ghazali perturunkan (dari satu generasi ke satu generasi sehingga sekarang) tentang zaman akhir kepada ikhwah Tarekat Ghazaliyah, tetapi baru sempat buku ke-4 sahaja. Campur dengan ringkasan kitab Ihya' 'Ulumuddin, limalah.

 

Apabila kita sudah mula buat kuliah tentang ILMU ALAM Imam al-Ghazali pada tahun 2019, itu ertinya kita memang nak mula buka ilmu2, persediaan2 dan tindakan2 untuk ikhwah Tarekat Ghazaliyah. Tidak saja2 kita bentangkan pengenalan akan ilmu alam itu.


Selain itu, kita juga bertujuan hendak mencungkil bakat2 berkaitan dalam kalangan pengamal Tarekat Ghzaliyah apabila kita buka ilmu tersebut, Tapi begitulah, kadang2 tu bakat2 itu tercungkil keluar dengan sendirinya.


Mursyid saya dulu sudah bagi panduan begini dan begini untuk menjalankan Tarekat Ghazaliyah ini, maka saya ikut sahajalah panduan2 itu (dalam segala urusan Tarekat Ghazaliyah ini zahir dan batinnya).


- Petikan video Pengajian Zaman Akhir

No comments: