Friday, September 24, 2021

Merekrut Bakal2 Muallim Tarekat Ghazaliyah

 

Dalam siri ke-4 buku Tarekat Ghazaliyah ada sahaya tuliskan :

"Yang aku sampaikan (sehingga buku keempat dan segala huraiannya selama ini), sebenarnya hanya seumpama segenggam dedaun kering di halaman kebunku."

"Yang aku belum sampaikan, seumpama seluruh dedaun kering di serata kebunku."

"Yang aku tidak sampaikan, seumpama seluruh dedaun kering di segenap kampungku."

"Yang aku sendiri pun tidak tersampaikan, seumpama seluruh dedaun di dunia ini dan seterusnya, tiada tersempadankan."


Tamat petikan.


Ilmu2 Tarekat Ghazaliyah yang sudah sahaya sampaikan dalam tempoh 10 tahun ini ibarat dedaun kering dalam genggaman yang pertama. Ada orang dapat sehelai, ada dua tiga helai, ada yang hampir2 segenggam.


Apabila kita mula bukakan ilmu alam Tarekat Ghazaliyah pada tahun 2019 yang lalu, ibarat kita sedang menunjukkan sehelai daun daripada genggaman kedua yang bakal kita sampaikan. Itu sebagai pengenalan, hebahan dan gambaran awal.


Dan apabila kita sudah bukakan ilmu zaman akhir Tarekat Ghazaliyah, itulah dedaun genggaman kedua.


Dengan dua genggaman dedaun yang disampaikan, dibekalkan dan diamalkan ini, insylh akan terbukalah lorong untuk mencapai keseluruhan dedaun di halaman kebun, dan akan lahirlah mu'allim2 baharu sebagai pelapis tarekat ini, tidak sekadar wakil2 sedia ada sahaja.


- Halaqah usrah 19/9

No comments: