Friday, September 24, 2021

Sanadnya Terputus Tu

 


"Kami nak mohon pandangan tuan. Kami sudah lama (belas tahun) ikut perguruan tasawuf aliran sekian2... guru2nya bernama sekian2...tapi kami masih macam ini juga. Mengapa agaknya?"

 

Kami pun bersoal jawab panjang dari segi niat belajar, aliran guru2 itu, adab2, dan macam2 lagilah. 

 

Setelah beberapa hari memohon petunjuk Ilahi dan membuat penelitian, akhir2nya bahagian yang sahaya dapat detect - kemungkinan besar... kerana sanad si guru yang bermasalah.

 

Sanad ilmu2 ruhaninya terputus pada tiga tempat. Tiga tempat itu pula bukannya pada tiga orang, tetapi lebih pula. Wallahua'alam.

No comments: