Sunday, May 13, 2018

Tsunami PRU14

Soalan : Yang sebenar-benarnyalah, tsunami apakah yang berlaku di sekitar PRU14 ini?
Jawapan : Tsunami yang paling besar berlaku ialah tsunami sifat-sifat mazmumah.

Contoh :
1. Mendengki
2. Memfitnah
3. Menghasut
4. Cinta dunia
5. Gelojoh/terburu-buru
6. Menyakitkan hati orang lain
7. Kotor kata-kata
8. Dendam dan membalas dendam
9. Pemarah
10. Takbur.
11. Tertipu dengan duniawi.
12. Riya'
13. Menipu
dan sebagainya.

Soalan : Yang sebenar-benarnyalah, pihak manakah yang kena "game" di sekitar PRU14 ini?
Jawapan : Yang paling banyak kena "game" ialah agama dan umat Islam.
(Yang ini sudah berlalu, sekarang tumpukan kepada usaha kita hendak sama-sama memperjuangkan pengisian sesudah PRU, iaitu sebagaimana di bawah)

Soalan : Jadi, apa tindakan kita selepas PRU14 ini?
Jawpaan : Semua pihak sama-sama menyokong apa sahaja yang benar dan sama-sama menolak apa sahaja yang salah, tidak kira daripada pihak yang mana pun.

Sekadar contoh :
Jika benar dalam PH ada lonjakan pengaruh LGBT, semua pihak (PH, BN, PAS dll) sama-sama berganding bahu, duduk semeja dan sama-sama bertindak hapuskan LGBT.
Jika benar dalam BN ada pihak yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, semua pihak berganding bahu untuk selesaikan rasuah dan salah guna kuasa itu.
Jika benar dalam PAS ada pihak yang pecah amanah, semua pihak sama-sama berganding bahu selesaikan pecah amanah itu.
Jika dalam masyarakat ada sebarang masalah, semua pihak sama-sama berganding bahu selesaikan .
Jika dalam konteks sejagat ada masalah, semua pihak pun berganding bahu berusaha dan berikhtiar.

Abu Zulfiqar
12 Mei 2018

No comments: