Thursday, May 17, 2018

Permulaan Ramadhan 2018


Alhamdulillah. Syukur. Permulaan yang baik pada awal Ramadhan bagi sebahagian orang.

Sempena Ramadhan ini, tentera India yang berkekuatan 500,000 orang di wilayah bergolak Kashmir menghentikan operasi ketenteraan mereka.

Di Mesir pula, Presiden Abdul Fattah as-Sisi mengampunkan dan membebaskan lebih 330 orang yang terlibat dalam demonstrasi beberapa tahun lalu.

Sementara itu di negara kita, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Muhammad V iaitu Sultan Kelantan telah memberi pengampunan dan kelepasan bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun bagi penduduk Palestin, menjelang Ramadhan lagi mereka telah dibasahi darah dan air mata oleh kekejaman tentera Zionis. Lebih 60 orang telah terkorban sekitar demonstrasi membantah pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitul Maqdis. Ketegangan masih berterusan.

Semoga dunia lebih sejahtera hendaknya.

Abu Zulfiqar
16 Mei2018

No comments: