Friday, May 25, 2018

Mengatakan Seseorang Kufur atau Fasik


Seorang hamba Allah menulis kepada saya : “Assalamualaikum ustaz. Apa khabar? Saya ada satu persoalan… betul ke kita tak boleh sama sekali mengatakan kufur atau fasik kepada seseorang? Harapkan jawapan. Tq”


JAWAPAN RINGKAS :

Wlksm Puan xxxxx xxxxxxx . Alhamdulilah. Syukur.

Benarkah kita TIDAK BOLEH LANGSUNG (100% TIDAK DIBENARKAN) mengatakan seseorang dengan kufur atau fasik?
Jawapan ringkas saya ini hanya akan ditumpukan pada persoalan “boleh atau tidak” sahaja, sebagaimana yang ditanya.

Mula-mula ada baiknya kita memetik tulisan Hujjatul islam Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Bahaya Lidah. Imam Al-Ghazali mengambil satu hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim : “Tidaklah seseorang menuduh seseorang dengan kufur dan tidak menuduhnya dengan fasiq melainkan (yang dituduhkan itu) kembali kepadanya SEKIRANYA TEMANNYA ITU TIDAK SEDEMIKIAN (maksudnya jika orang yang dituduh itu memang tidak kafir atau fasiq).”

Kita lihat pula syarahan Imam Al-Ghazali tentang hadis ini : “Tidak boleh dituduh seorang muslim dengan fasiq atau kufur SEKIRANYA TANPA PEMBUKTIAN YANG MEYAKINKAN.”

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, fahamlah kita bahaya tidaklah benar jika mahu disimpulkan yang kita sama sekali/langsung/100% tidak boleh mengatakan seseorang itu sebagai kufur atau fasiq.

Yang tidak boleh dikata begitu hanyalah sekiranya TIDAK ADA PEMBUKTIAN YANG MEYAKINKAN. Sekiranya ADA BUKTI-BUKTI YANG MEYAKINKAN, maka hal itu adalah benar dan dakwaan itu atau dosa dakwaan itu tidaklah kembali kepada si pendakwa.

Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
23 Mei 2018

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails