Wednesday, May 30, 2018

Berhenti Mengajar di Surau kerana Duit?


Masih berlegar cerita kononnya saya berhenti berkuliah di sebuah surau adalah kerana masalah wang. Setelah lebih setahun, saya tidak menulis sebarang kenyataan pun tentang hal ini tetapi nampaknya masih juga menjadi perbualan orang. Selalu ada orang datang bertanya dan pertanyaan mereka pun biasanya berkait dengan wang/bayaran/saguhati.

Oleh itu, setelah lebih setahun, terpaksalah jugalah nampaknya saya jelaskan di sini bahawa kejadian yang berlaku tidak berkaitan dengan duit sama sekali. Berikut perinciannya :

1.       Saya mengajar di surau itu lebih kurang selama 10 TAHUN (2007-2017). Memang sudah lama.
2.       Berkuliah Maghrib di situ seminggu sekali, biasanya dapat 3-5 KALI SEBULAN kecuali jika ada urusan. Bulan Ramadhan, cuti.
3.       Seingat saya, tidak ada guru lain yang datang berkuliah di surau tersebut dalam tempoh itu. Maksudnya, 26 malam lagi memang kosong sepanjang bulan. Saya hanya berkuliah 4 malam sahaja sebulan.
4.       Secara PERCUMA SEPENUHNYA. Jadi, memang tidak timbul isu duit. Jika saya mengajar di masjid/surau lain pada 4 malam dalam sebulan itu, insya-Allah boleh dapat bayaran antara RM200 ke RM300. Jika jauh sedikit, lebih lagi bayarannya.
5.       Hampir 300 KALI BERKULIAH sepanjang tempoh itu. Semua percuma.
6.       Untuk meningkatkan kehadiran, hampir setiap kali lepas kuliah saya adakan JAMUAN, kecuali jika sesekali ada pihak lain yang beritahu untuk buat jamuan.
7.       Setiap kali kuliah, disertakan NOTA UNTUK SETIAP HADIRIN. Biasanya 8 mukasurat. Percuma.
8.       Banner, poster, meja kuliah, alas meja…… saya yang sediakan.
9.       Sepanjang 10 tahun itu, pernah diberi juga wang sebanyak RM250 walaupun saya usaha menolak. Kali pertama pada kali ke-18 kuliah, sebanyak RM100. Kemudian selepas 200 kali kuliah, pernah 3 kali dihulur juga RM50 walaupun saya berusaha menolak. (RM50 x 3 = RM150). Maka jumlah keseluruhannya sepanjang 10 tahun itu ialah RM250 sahaja.
10.   Jika hendak dipuratakan, mungkin tidak sampai RM1 pun setiap kali kuliah. Tetapi memang tidak pernah saya pandang hal itu kerana memang saya sendiri suka menyampaikan agama secara percuma sahaja.
*Dan pernah dihadiahkan sehelai kain pelekat pada musim pilihanraya 2013.

Jadi, dengan penjelasan ringkas ini diharapkan agar isu duit tidak lagi dikaitkan. Jika suatu hari nanti saya dilorongkan Allah untuk mengajar semula di surau tersebut, tetap percuma sebagaimana biasa juga. Insya-Allah nota dan jamuannya juga sebagaimana biasa.

Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
Mei 2018

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails