Sunday, May 13, 2018

Ramadhan Bulan Ibadah dan Bulan Perjuangan


Ramadhan bulan ibadah?
Benar.

Ramadhan bulan perjuangan?
Benarkah?

Dengan cuaca dan muka alam yang mencabar, dengan perjalanan yang memakan masa lama, dengan kenderaan yang jauh ketinggalan berbanding zaman ini, sejarah membuktikan :

1.       Rasulullah dan para sahabat beramal Ramadhan pada tahun 2 Hijriyah dengan Perang Badar. Dengan segala urusan persiapan sebelum dan urusan pengemasan selepas perang tidak sepantas hari ini, bayangkan penat lelah mereka.

2.       Rasulullah dan para sahabat berjuang untuk Perang Tabuk. Bermula dari bulan Rejab, ke Syaaban dan sampai pulang hanya pada 26 Ramadhan. Siang berperang, malam berkawal. Perlawanan perisikan sentiasa berlaku sepanjang tempoh itu. Inilah antara pengisian Ramadhan mereka.

3.       Pembukaan Kota Makkah pada 10 Ramadhan. Bayangkan perjalanan para pejuang Islam dari Madinah menuju ke Makkah. Siang dan malam bergerak berjuang menuju perjuangan. Bayangkan bagaimana para perisik mereka bergerak ke sana ke mari siang dan malam.

4.       Parang Ain Jalut, buat pertama kalinya tentera Monggol kalah secara besar-besaran. Berlaku pada 15 Ramadhan. Bayangkan perjalanan tentera Islam dari Mesir ke Palestin, lalu berperang, lalu pulang. Bayangkan siang dan malam mereka. Alangkah hebatnya amal Ramadhan mereka.

5.       Tariq bin Ziyad dan tenteranya menyeberang ke Sepanyol. Semua kapal tentera Islam kemudiannya dibakar agar semangat mereka untuk berjuang memuncak. Berbulan-bulan lamanya bertempur di medan, bertempur perang safar dan bertempur perisikan siang dan malam termausklah bulan Ramadhan, sebelum mencapai kemenangan. Alangkah hebatnya penghayatan Ramadhan mereka.

6.       Khalid al-Walid bermusafir jauh untuk menghancurkan berhala Al-‘Uzza.

Dan banyak peristiwa lagi.

Sesungguhnya Ramadhan bulan ibadah dan bulan perjuangan.

Abu Zulfiqar
13 Mei 2018

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails