Sunday, October 11, 2026

Amal2 Seorang Ghazaliyah

 

Bagaimanakah amalan seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah? Setelah kita diijazahkan & berbai’ah ini, apa yang kita kena buat?

1.                  Berusaha untuk menyelesaikan segala amalan yang fardhu dan wajib. (Yang ini memang kita sedia kena buat walaupun tidak bertarekat Ghazaliyah. Maksudnya tidaklah menambah apa-apa).

2.                  Berusaha menambah amal-amal sunat. (Yang ini pun memang kita sedia buat, maka tidak menambah berat apa-apa juga. Tetapi setelah bertarekat Ghazaliyah, sepatutnya ditambah lagilah).

3.                  Amalkan Lafaz Zikrullah Harian. Lebih kurang 1000 kali sahaja dalam sehari. Ada LZH Siang dan ada LZH Malam.

4.                  Ditambah dengan Bacaan 10 (Wirid Harian) sekiranya LZH sudah stabil.

5.                  Berusaha untuk solat berjemaah di masjid/surau bagi lelaki. (Memang sudah biasa kita buat pun. Memang kena buat pun. Melainkan orang2 yang dalam kes2 khusus yang membuatkan dia sukar untuk pergi berjemaah).

6.                  Menutup aurat dengan sempurna bagi lelaki dan perempuan. (Memang sudah kewajipan pun, walaupun kita belum bertarekat).

7.                  Usahakan agar jangan sampai 4 hari tidak berada dalam mana-mana majlis agama (walaupun sekadar secara online, suapaya hati tidak “mati”).

8.                  Hadiri mana-mana pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Jika tiada, bolehlah ditampung buat sementara dengan mana-mana pengajian kitab kitab tasawuf sambil mencari-cari juga pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin.

9.                  Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menambah pengetahuan tentang selok-belok Tariqah Ghazaliyyah.

10.              Berusahalah untuk selalu ingat akan Allah. Antara contohnya – selalu melafazkan nama Kekasih iaitu “Allah” di dalam qalbu, berterusan.

11.              Berusahalah untuk sentiasa berfikir yang mahmudah, berpenampilan yang mahmudah, berkata2 yang mahmudah, dan bertingkah laku yang mahmudah… walau di mana sahaja kita berada.

 

Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026

Antara Jalan Keselamatan dalam Tarekat Ghazaliyah

 

Apakah antara jalan keselamatan menurut Tarekat Ghazaliyah?

Jika mahu selamat, kita hendaklah mempunyai kemahiran dalam ilmu mengenal dan membeza (menyaring), dan kena berani menyaring dan membeza. Apa yang perlu dikenal dan dibeza? Umumnya ada 8 bangsa membeza dan mengenal iaitu :

            Kenal diri – kenal Allah

            Kenal dunia – kenal akhirat

            Kenal syaitan – kenal malaikat

            Kenal yang benar – kenal yang salah

 

Mengenal yang benar dan yang salah, atau mengenal yang haqq dan yang bathil inilah yang syaitan sangat suka jika didiamkan atau tidak diambil berat oleh umat Islam. Padahal antara fungsi utama para nabi dan kitab2 diturunkan adalah untuk mengenal, membeza dan menyaring antara yang benar dan salah. Individu atau perkumpulan yang bermasalah memang tidak suka hal2 mengenal, membeza dan menyaring ini.

 

Apakah antara jalan kebahagiaan dalam Tarekat Ghazaliyah?

Untuk mencapai maqam yang tinggi2 pula, kita hendaklah mencapai level kecintaan (bukan sekadar tahap suka atau minat, apatah lagi jika tahap terpaksa) terhadap 8 perkara berikut :

            Cintai Allah, cintai Kitabullah.

            Cintai Rasulullah, cintai as-sunnah.

            Cintai diri, cintai ummah.

            Cintai ibadah, cintai dakwah

 

Level cinta – Berbuat dalam keadaan kita memang sangat suka. Seseorang pecinta itu akan sangat selalu atau asyik terkenang2, terindu2, dan terpesona.

 

Kalau level suka – dalam keadaan suka... seseorang itu agak selalu terkenang2, agak selalu terindu2, agak selalu terpesona – tak sampai ke maqam cinta.

 

Contohnya – Al-Quran dan sunnah2 Nabi. Kita selalu tak terindu2, teringat2? Atau biasa2 sahaja? Atau jarang teringat pun?

 

Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026