Wednesday, December 2, 2020

Buku Kedua Saya


 

BUKU KEDUA Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari : “Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah”


A. APA ISI KANDUNGAN BUKU INI?


  1. Muqaddimah

  2. Matlamat Tariqat Al-Ghazaliyyah

  3. Mengenal Tariqat Al-Ghazaliyyah

  4. Bentuk Sebenar Tariqat Al-Ghazaliyyah

  5. Amalan Zikir Tariqat Al-Ghazaliyyah

  6. Fadhilat Zikir Tariqat Al-Ghazaliyyah

  7. Keizinan Beramal

  8. Sukatan Tarbiyyah Tariqat Al-Ghazaliyyah

  9. Tarbiyyah Lanjutan

  10. Bahan Bacaan Tambahan

  11. Tentang Solat Berjemaah

  12. Pakaian Diri Ikhwan Tariqat Al-Ghazaliyyah

  13. Penampilan Diri

  14. Tentang Memelihara Janggut

  15. Majlis-majlis Tariqat Al-Ghazaliyyah

  16. Adab-adab Murid

  17. Adab-Adab Mursyid

  18. Tentang Karamah

  19. Tentang Dakwaan-dakwaan

  20. Tentang Hal-hal Aneh

  21. Tentang Ilmu Laduni

  22. Tentang Tawasul

  23. Tentang Keduniaan

  24. Tentang Muzik dan Nyanyian

  25. Tentang Tarian

  26. Tentang Rehlah dan Ziarah

  27. Tentang Pertapaan

  28. Tentang Perbezaan Pandangan

  29. Sanad Tariqat Al-Ghazaliyyah

  30. Antara Tokoh Pengamal Tariqat Al-Ghazaliyyah

  31. Cabaran2 Awal dalam Bertariqat Ghazaliyyah

  32. Potensi & Masa Depan Tariqat Al-Ghazaliyyah

  33. Penutup

 

Lampiran


1. Amalan-amalan Pengamal Tariqat Ghazaliyyah

2. Mengambil Tariqat Ghazaliyyah Sesudah Bertariqat

3. Tindakan Sesudah Bertariqat Ghazaliyyah

4. Pakaian Diri Ikhwan Tariqat Ghazaliyyah

5. Murid dan Maklumat yang Dipelihara Guru-guru

6. Mengambil Tariqat Ghazaliyyah?

7. Mengambil Tarekat Ghazaliyyah

8. Sukatan Jumlah Amal Harian


B. SIAPA YANG SEPATUTNYA MEMILIKI BUKU INI?


1. Orang-orang yang ingin tahu tentang Tarekat Ghazaliyah.

2. Para peminat dan pengamal tasawuf, sufi dan tarekat.

3. Pelajar IPT yang buat tugasan tentang tarekat atau Tarekat Ghazaliyah.

4. Pengamal-pengamal Tarekat Ghazaliyah sedia ada.

5. Orang-orang yang ingin mempelajari Tarekat Ghazaliyah.


Apa benda Tarekat Ghazaliyah ni?

Betul ke apa yang orang kata tentang Tarekat Ghazaliyah ni?

Tak teringin ke aku nak tahu hal yang sebenarnya tentang Tarekat Ghazaliyah ini?

Apalah agaknya amalan pengamal Tarekat Ghazaliyah ni ye?

Macam manalah rupa atau penampilan pengamal Tarekat Ghazaliyah ni?

Boleh ke aku nak mengamalkan Tarekat Ghazaliyah ni?

Bagaimanalah sanad Tarekat Ghazaliyah ini?


C. BAGAIMANA KEADAAN BUKU INI?


Saiz A5

122 muka surat termasuk kulit

Kulit berkilat

Kertas halaman – putih bersih 80 gsm


D. MAHU DAPATKAN BUKU INI?


Harga termasuk pengurusan pos :

RM35 (Semenanjung Malaysia)

RM40 (Sabah & Sarawak)


Sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi kami team Khazanah melalui WhatsApp www.wasap.my/601116824293


Facebook Khazanah :

https://web.facebook.com/Khazanah-115012297090461


cnp dr page Khazanah


Tuesday, December 1, 2020

Buku Anugerah dan Kaitannya dengan Jalan Al-Ghazaliyah

Persoalan :

Betul ke setiap pengamal Tarekat Ghazaliyah kena baca buku Anugerah Berwangian Cinta setiap hari?


Penjelasan :

Tidak benar. Cerita sebenarnya begini...


Para pengamal Tarekat Ghazaliyah sangat dianjurkan agar membaca Al-Quran pada setiap hari. Membaca Al-Quran sudah menjadi salah satu wirid harian dalam tarekat ini.


Selain daripada membaca Al-Quran pada setiap hari, pengamal-pengamal Tarekat Ghazaliyah juga sangat dianjurkan untuk membaca kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin pada setiap hari. Membaca kitab Ihya’ ini pun merupakan salah satu daripada wirid harian dalam tarekat ini.


Jadi, sepatutnyalah orang yang mengamalkan tarekat ini mewiridkan kitab suci Al-Quran dan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin pada setiap hari.


Namun begitu, usaha untuk menjadikan kitab Ihya’ ini sebagai wirid harian mempunyai beberapa kekangan. Antaranya :

i) Ada pengamal yang tidak punya kitab Ihya’. Jadi tak dapatlah mereka memanfaatkannya.

ii) Kitab Ihya’ ini mahal juga harganya untuk dibeli. Ramai yang tidak mampu dan kurang mampu.

iii) Kitab ini sangat besar dan tebal. Ramai yang terasa berat dan malas hendak membacanya.

iv) Sukar untuk membawa kitab Ihya’ ke mana-mana. Akibatnya kitab ini selalu ditinggalkan dan selalu berjauhan dengan tuannya.

iv) Ada pengamal yang mengalami kesukaran untuk memahami isi kandungan kitab ini. Cuba dibaca tetapi kurang mendapat sesuatu daripada kitab ini.

v) Memang ada ringkasan-ringkasan kitab Ihya’ tetapi masih agak mahal, masih agak tebal juga dan masih agak sukar untuk difahami.


Oleh sebab itu, kitab Anugerah Berwangian Cinta ini bolehlah jika hendak dijadikan sebagai penampung (sebagai wirid harian) kerana :

i) Isi kandungan kitab ini merupakan petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sendiri.

ii) Harganya rendah lagi mampu milik.

iii) Kitabnya tidak tebal. Akan terasa ringan untuk membacanya, menghabiskannya dan mengulang-ulanginya.

iv) Kitab ini juga ringan. Mudah untuk membawanya ke mana-mana. Ia akan selalu berada dekat dengan kita.

v) Isi kandungannya lebih mudah dibaca dan difahami.


Kesimpulannya, bagi para pengamal Tarekat Ghazaliyah yang ada kekangan untuk menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai salah satu wirid harian, bolehlah menjadikan kitab Anugerah ini sebagai penampungnya buat sementara waktu. Janganlah kerana ada kekangan, lalu kita meninggalkan terus wirid harian ini.


Begitulah cerita sebenarnya.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

1 Disember 2020