Monday, July 27, 2026

Catatan Nota Kuliah Ashabul Kahfi

 

Melalui sanad Tariqah Ghazaliyah ini turun 4 ilmu Imam al-Ghazali (4 Sekawan) iaitu : al-Iman (‘aqidah), al-Ihsan (tasawuf), as-sa’ah (akhir zaman, zaman akhir & awal zaman akhirat), dan ilmu alam (tabi’iyah) al-Imam al-Ghazali.

 

Oleh kerana kita menggunakan ilmu as-sa’ah, maka dalam pelajaran ini kita akan gunakan kaedah penggredan maklumat sebagaimana dalam ilmu as-sa’ah iaitu muktamad, pasti, kemungkinan besar, dan kemungkinan kecil.

 

Pengajian ilmu as-sa’ah ini agak panjang. Jadi sebelum ini kita ambil keputusan untuk menggabungkan kuliah2nya dan buat pengajian intensif ilmu as-sa’ah. Pengajian intensif bahagian pertama dulu memakan masa lebih kurang 8 jam keseluruhannya, tak termasuk waktu rehat. Setakat ini kalau tak salah, kita sudah buat tiga kali pengajian intensif ilmu as-sa’ah untuk bahagian pertama. Bahagian keduanya tak tahulah bila dapat diadakan.

 

Masalahnya, perkongsian tentang Ashabul Kahfi ini berada dalam bahagian kedua. Daripada nak tunggu peluang kita mengadakan pengajian intensif bahagian kedua tu, lebih baik kita keluarkan dulu siap2 dan bentangkan secara berasingan.

 

Dalam pelajaran ini, maqsud atau matlamat hujung kita :

Ciri2 dan kualiti AK, serta pembetulan akan salah faham tentang AK. 

 

-          Nota catatan daripada kuliah khas Ciri-ciri & Kualiti Ashabul Kahfi oleh Abu Zulfiqar al-Amsyari

No comments: