KEISTIMEWAAN TARIQAH YANG DIASASKANNYA PULA :
1. Lima sanadnya melalui 5 orang sahabat utama.
2. Sanad utamanya melalui Penyimpan Rahsia Nabi – Huzaifah bin al-Yaman.
3. Sanadnya muttasil (tiada terputus).
4. Ada sukatan pelajaran ‘aqidah/ usuluddinnya sendiri yang disusun oleh Imam al-Ghazali iaitu ar-Risalah al-Qudsiyah.
5. Ada ilmu as-sa’ah yang lengkap.
6. Merupakan salah satu daripada dua mazhab induk al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah) iaitu al-Junaidiyah dan al-Ghazaliyah.
7. Ada kitab induk (Ihya’ ‘Ulumuddin) yang menjadi “pakaian” diri para pengamalnya.
8. Ada ilmu alam (ilmu tabi’iyah) yang disusun oleh Imam al-Ghazali.
9. Bermatlamatkan 7 petala tasawuf ( syariat – tarekat – hakikat – ma’rifat : awwal ad-diin – nisf ad-diin – akhir ad-diin – kamal ad-diin)
10. Masih asli sebagaimana pada asalnya iaitu pada zaman pengasasnya.
11. Sangat sesuai untuk alam Nusantara kerana Imam al-Ghazali sendiri sama pegangannya dengan majoriti umat Nusantara iaitu dari segi mazhab aqidahnya (Asha’irah), mazhab fiqhnya (asy-Syafi’iyah) dan mazhab tasawufnya (al-Ghazaliyah).
12. Bermatlamatkan sebagaimana ehwalnya tokoh2 terbaik umat ini iaitu R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama & sahabat2 utama yang lain). 4S merupakan maharaja2 kepada para auliya’.
13. Jalannya lurus, selamat dan tenang hati.
14. Karya2 pengasasnya banyak. Sehingga ke hari ini kita boleh rujuk semula apa pegangan dan pandangan pengasas tarekat ini dalam pelbagai juzuk agama terutamanya keruhanian.
15. Menjadi tarekat raja2 seperti Sultan Muhammad Tapar (Seljuk - Khurasan), Sultan Ahmad Sanjar (Seljuk - Parsi), Sultan Imaduddin Zangki (Zengid - Syam), Sultan Nuruddin Zangki (Zengid – Syam & Mesir), Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan anaknya (Ayyubiyah – Mesir & Syam), dan Sultan Abdul Mu’min dan anaknya (Muwahhiddun - Maghribi)
16. Ada banyak ulama2 fiqh dan hadith dalam sanadnya.
17. Diasaskan pada zaman pengasasan mazhab2 iaitu antara 100 Hijriyah – 499 Hijriyah.
18. Terbuka untuk semua. Boleh terus diamalkan walaupun tanpa diijazahkan atau berba’iah.
19. Selamat untuk datang dan pergi. Tiada sebarang “ikatan”, sumpah, laknat dsb.
20. Boleh diamalkan bersama2 amalan tarekat2 lain.
21. Bukan gabungan atau paduan daripada mana2 tarekat. Ia berdiri sendiri dengan ilmu2 dan isi kandungannya.
22. Amal2nya mudah dan ringan.
23. Tidak ada sebarang ritual. Aktiviti atau adat yang pelik2, yang menyusahkan, yang dahsyat2 dsb.
24. Bersih (clear) daripada “sesuatu”, “makhluk2” atau khadam yang turut mengiringi amalan, bacaan, aktiviti atau sanad.
25. Tiada taksub.
26. Tidak membudayakan bersibuk2 dengan kisah2 “gajah terbang” (ajaib, sakti, mencarik adat, super power, berkhayal2, berpelik2 dll).
27. Banyak bersibuk2 dengan bermujahadah dalam penambahan ilmu2, dalam peningkatan iman, dalam peningkatan amal2, pembaikan akhlak batin & zahir, dalam peningkatan ma’rifah dan peningkatan mahabbah.
- Keistimewaan & Keindahan Tarekat Ghazaliyah, 20 Jun 2026
No comments:
Post a Comment