Syukur dan seronok menyaksikan orang2 yang mengambil manfaat daripada nasihat2 kita 6-7 tahun yang lalu dalam SALAH SATU sudut prepping. Walaupun rumah mereka TIADA HALAMAN dan tiada ruang besar melainkan SEDIKIT BALKONI yang memang kecil, tetapi umumnya sudah 6-7 tahun di ruang kecil itu sentiasa ada sumber2 tumbuhan seperti daun dan isi kunyit, daun pandan, daun kari, cili burung, bayam Brazil, daun kucai, serai, daun ulam raja, halia, daun kesum (cendehum), atau yang seumpama dengannya. Ada yang punya tambahan lagi seperti daun limau purut, daun selom, daun sup dan daun bawang. Walau sedikit dan ada yang kurang subur, tetapi ia selalu ada dan boleh dipakai apabila perlu. Mereka sudah terbiasa. Kebiasaan akan menjadi budaya hidup. Orang2 yang punya halaman rumah pun banyak yang tidak ada sumber2 sebegini.
Yang lebih menarik, ada dalam kalangan mereka yang dalam beberapa tahun ini umumnya tidak lagi membeli daun kunyit, daun pandan, daun kari, daun kucai dan daun limau purut.
Yang sudah lama bermula, insya-Allah akan terasa ringan. Yang baru bermula dan yang belum bermula, memang akan terasa berat sedikit.
Tumbuhan2 ini sekali imbas nampak “kecil” dan tidak bertaraf perlu. Tetapi sewaktu kita mahu dan ia tiada, resah gelisah juga dibuatnya. Lebih2 lagi jika ketika itu kita cuma perlukannya dalam jumlah yang sedikit cuma. Rasa tidak berbaloi untuk bersiap, turun dari rumah beberapa tingkat ke lantai bawah, hidupkan kenderan, pandu kenderaan ke kedai berhampiran, kadang2 jalan sesak, bayar parking, mencari2, memilih2, beratur, kadang2 bersesak2, kena keluarkan duit atau buat pemindahan wang, buat bayaran, memandu pulang, naik ke tingkat rumah kita, dan duduk sebentar melepaskan lelah. Sebagai contoh, keseluruhan proses ini boleh memakan masa setengah jam ke satu jam. Padahal jiran sebelah petik setangkai daun kari, dua helai daun kunyit, dan tiga helai daun pandan yang kita cari itu dalam masa tidak sampai satu minit sahaja di balkoni rumahnya. Kita? Kena keluarkan dan korbankan masa, tenaga, duit, minyak, kenderaan, kerehatan, emosi dsb.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
2/4/26
*Dalam masa terdekat ini kita tidak dapat mengadakan pengajian intensif ilmu fardhu as-sa’ah kerana ada hal2 yang lebih penting untuk diuruskan. Mohon maaf kepada yang bertanya dan meminta.
Sumber : blog Debunga Teratai
No comments:
Post a Comment