Monday, April 20, 2026

Hubungan Antara Kesihatan Otak, Aqal, Jantung dan Qalbu

Kesejahteraan emosi pada zahirnya tetap berkait dengan organ yang bernama otak dan jantung, yang pada batinnnya disebut sebagai ‘aqal dan qalbu. Selagi otak dan jantung masih elok, atau sekadar mengalami sedikit kecederaan, atau sedikit kerosakan, insya-Allah emosi (atau untuk memudahkan bicara kita dalam ruangan ini kita sebut sahaja sebagai suasana jiwa) masih boleh boleh diperbaiki malah boleh dimajukan. Tetapi jika organ otak dan organ jantung sudah kurang elok, banyak cedera dan banyak rosak, pendek kata suasana jiwa itu tidak dapat dipulihkan lagi sebagaimana sebelumnya.

 

Kerosakan berlaku akibat masukan2 ke dalam diri. Ada yang masuk dalam rupa zahir (benda2 pepejal, cecair, gas, pancaran dsb) dan ada yang masuk dalam rupa batin (mendengar yang dilarang Allah, bercakap yang dilarang Allah, melihat yang dilarang Allah, berbuat yang dilarang Allah dsb)

 

Oleh itu, sebelum ia rosak banyak, dari awal lagi mestilah diusahakan langkah2 pembaikannya. Lagi lama dibiarkan, lagi tipislah peluang dan ruang untuk pemulihan. Dalam tasawuf, dalam hal2 tertentu, tempoh 7 tahun itu sangat penting. Maka jangan tunggu sampai 7 tahun, dikhuatiri sudah terlambat. Yang belum sampai 7 tahun pun sudah sangat banyak yang sudah terlambat.

 

20/4/26

 


No comments: