Wednesday, August 13, 2025

Mengapa Tidak Serahkan Kepada Mekanik (Yang Ahli) Sahaja?

 

@ Van rosak. Mengapa tidak serahkan kepada yang ahli (mekanik) SAHAJA? Biarkan mereka yang buat kerja 100%. Kita duduk diam2 sahajalah. Kita bukan ahli. Kita tiada kelulusan bidang mekanik. Kita tidak diiktiraf sebagai ahli dalam hal ehwal kenderaan oleh mana2 pihak yang hebat2. Mengapa sibuk2 hendak ambil tahu itu ini, belajar itu ini, teliti itu ini, pertikai itu ini, cadangkan itu ini dan sebagainya?

 

Memang kita hendak serahkan kepada yang ahli, tapi bagaimana jika kita sudah sedia maklum bahawa ahli kenderaan yang dimaksudkan itu juga ialah ahli maksiat, ahli pecah rumah, ahli menipu, ahli scam alat ganti kenderaan, ahli barang2 khayal, ahli kongsi gelap, ahli cinta keduniaan, serta ahli mengugut dan mencederakan orang? Tentulah tidak mudah2 kita hendak serahkan 100% van kita kepada orang2 sebegitu. Jika tiada pilihan lalu terpaksa dihantar ke kedai mereka juga, sudah tentulah kita akan buat penelitian awal, buat pemantauan selalu, kita bertanya, kita pertikai hal2 yang perlu dipertikai, kita beri cadangan, kita ambil maklumat daripada pihak2 lain juga, dsb. 

No comments: