Ilmu alam Imam al-Ghazali merupakan ilmu sampingan. Salah satu perkara yang ditekankan dalam ilmu alam ini ialah sejarah. Kajian ilmu sejarahnya amat luas, sejak sebelum jadinya alam, menjelang jadinya alam, dan selepas jadinya alam sehinggalah sekarang. Oleh itu ia amat luas dan tidak akan mampu diambil tahu seluruhnya walau oleh sesiapa pun. Maka kita sekadar berusaha mengkaji sekelumit daripada sejarah berbekalkan panduan2 asas yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dan dikembangkan oleh pewaris2 Tarekat Ghazaliyah ini seterusnya.
Kita buat perkongsian ini antara faktor utamanya adalah untuk generasi pewaris Tarekat Ghazaliyah hari ini mengenal serba-sedikit akan mursyid2 dan tokoh2 terdahulu dalam Tarekat Ghazaliyah ini.
Sebelum ini kita pernah buat majlis haul bagi raja2 dalam Tarekat Ghazaliyah– Huzaifah al-Yaman, Sultan Muhammad Tapar, Sultan Ahmad Sanjar, Sultan Imaduddin Zanki, Sultan Nuruddin Zanki, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dan Sultan Abdul Mu’min. Kemudian kita ada buat perkongsian tentang Tuan Guru Muhammad Salleh bin Abdul Rahman al-Ghazali (mursyid saya) dan Tuan Guru Abdullah bin Khandak al-Ghazali (mursyid kepada mursyid saya). Malam ini kita akan sentuh tentang mursyid kepada mursyid kepada mursyid saya – Kiai Salleh Gunung Pondok al-Ghazali.
Orang2 yang bernama Kiai Salleh ini bukan satu orang. Ada banyak dan di merata tempat. Selalu juga masyarakat tersalah orang.
Sebenarnya saya lebih suka dan lebih puas buat penyampaian secara talaqqi. Imama al-Ghazali pun memang sarankan macam itu. Tapi memandangkan kita ada kekangan2 tertentu dari segi jarak, masa, tenaga kerja, belanja dll, maka kita tampung dengan pengajian secara jarak jauhlah. Kita manfaatkan teknologi2 terkini.
- Sejarah Gunung Pondok, Kiai Salleh & Tarekat Ghazaliyah, 23/8/25
No comments:
Post a Comment