Sunday, August 24, 2025

Ikhwah Al-Ghazaliyah dan Ilmu Sejarah

 

Tarekat Ghazaliyah ini turunnya empat sekawan dalam sanad yang sama iaitu :

1.     Ilmu al-iman Imam al-Ghazali

2.     Ilmu al-ihsan Imam al-Ghazali

3.     Ilmu as-sa’ah Imam al-Ghazali

4.     Ilmu alam atau ilmu tabi’ah/ tabi’i Imam al-Ghazali

 

Ilmu alam Imam al-Ghazali merupakan ilmu sampingan.  Salah satu perkara yang ditekankan dalam ilmu alam ini ialah sejarah. Kajian ilmu sejarahnya amat luas, sejak sebelum jadinya alam, menjelang jadinya alam, dan selepas jadinya alam sehinggalah sekarang. Oleh itu ia amat luas dan tidak akan mampu diambil tahu seluruhnya walau oleh sesiapa pun. Maka kita sekadar berusaha mengkaji sekelumit daripada sejarah berbekalkan panduan2 asas yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dan dikembangkan oleh pewaris2 Tarekat Ghazaliyah ini seterusnya.

 

Antara aktiviti berkaitan dalam tempoh terdekat ini untuk ikhwah yang berdekatan :

1.     Telah diadakan pembentangan sejarah kerajaan Gangga Negara dan kerajaan Beruas pada Jun lalu.

2.     Beberapa hari kemudian satu rombongan kecil di bawah Ustaz Dzul al-Ghazali telah pergi menziarahi kawasan2 sekitar Beruas dan Pengkalan Baharu di Manjung, Perak.

3.     Sekitar bulan Jun dan Ogos itu juga Tuan Abu Rayyan al-Ghazali banyak menjelajah kawasan sekitar Beruas dan Batu Hampar.

4.     Pada awal Ogos dibentangkan pula sejarah Lembah Bujang, Tamadun Sungai Batu dan Gunung Jerai di Kedah.

5.     Beberapa hari kemudian satu rombongan kecil di bawah Ustazah Mus al-Ghazali bergerak menuju ke kawasan2 yang disebutkan. Tetapi atas sebab2 tertentu, rombongan ini terkandas di Sungai Petani sahaja. (Ustazah Mus sudah pernah ke Lembah Bujang dan Gunung Jerai beberapa tahun lalu).

6.     Insya-Allah akan dibentangkan pula sejarah Gunung Pondok, Gunung Tunggal dan kaitannya dengan Kiai Salleh al-Ghazali. Selepas itu diharap dapatlah berkunjung atau sekurang2nya menghantar utusan ke tempat2 tersebut. (Gunung Pondok memang kerap dilalui tetapi belum pernah menjelajah kawasan tersebut).

 

*Saya pernah ke Kota Long Jaafar di Bukit Gantang dan beberapa kali ke Kota Ngah Ibrahim di Matang. Pengkalan lama Sungai Limau (jeti utama bagi Long Jaafar) sekadar lalu sahaja.

*Pada Mei lalu saya hendak singgah di Kota Raja Bersiong di Ijok, Perak tetapi dibatalkan kerana hari sudah menjelang senja.

*Chegar Galah di Kuala Kangsar juga lokasi bersejarah. Saya pernah tinggal selama 4 bulan di sini. Pada Jun lalu saya ke sini lagi.

 

170825

 

No comments: