Malam
semalam ada gangguan internet di rumah. Lama. Berjam-jam. Selepas
tengah malam baru pulih. Saya
pun meluangkan
masa menyemak semula nota2
lama. Nota2 itu biasanya
mengandungi penulisan2 saya yang belum siap, atau yang
masih dalam bentuk rangka
karangan, atau masih tajuk
sahaja, atau sesekali
terselit juga penulisan yang
sudah siap tapi
belum/terlupa
untuk diposkan.
Tiba2
saya terjumpa satu penulisan lama yang sudah siap. Entah bagaimana
saya boleh terlepas pandang akan penulisan itu. Begitulah. Adalah
hikmahnya masalah internet semalam. Rupa2nya hendak ditemukan semula
dengan penulisan itu.
Dalam
penulisan itu saya bercerita tentang dua buah mimpi yang saling
berkait. Mimpi pertama berlaku pada September 2021 manakala mimpi
kedua pada Disember 2021. Penulisan itu tidak pula saya tuliskan
tarikh siapnya. Cuma seingat saya, ia disiapkan pada sekitar bulan
Februari atau mungkin Mac 2022.
Ketika
mendapat mimpi pertama (September 2021), saya tidak berjaya mendapat
takwil mimpi tersebut. Maka saya simpan sahajalah mimpi itu. Setelah
mendapat mimpi kedua (Disember 2021), barulah saya berjaya mendapat
takwil kedua-dua mimpi itu sekaligus kerana rupa2nya kedua-duanya
mempunyai perkaitan.
Jadi,
saya kongsikan penulisan tersebut di bawah ini. Yang bertanda (*)
ialah penjelasan yang baru ditambah :
MIMPI-MIMPINYA
Pada
bulan September tahun lepas (*2021), saya bermimpi melihat satu
pelangi dari rumah saya arah ke timur. Pelangi itu berwarna
sebagaimana pelangi biasa tetapi kehijau-hijauan. Saya pun cuba
merenung-renungkan takwilnya namun tidak berjaya. Oleh itu saya
menganggap mimpi itu termasuk mimpi2 yang saya gagal tafsirkan.
Kemudian
pada bulan Disember, saya bermimpi lagi melihat pelangi dari rumah
saya tetapi kali ini ia berada di sebelah barat pula dan warnanya
kekuning-kuningan.
Dengan
izin Allah SWT, esoknya saya kaitkan kedua-dua mimpi itu lalu terus
mendapat maksudnya.
1.
MAKSUD
MIMPI PERTAMA (pelangi
kehijau-hijauan di sebelah timur)
Pelangi
kehijau-hijauan = keselamatan dan ketenangan di tempat/mukim
ini
Sebelah
timur = pada peringkat awalnya,
pada mulanya
Sekitar
bulan September hingga Disember 2021 itu wabak penyakit sedang
melanda dengan hebatnya. Boleh
dikatakan pada setiap hari kita dapat melihat satu gambar peta daerah
masing-masing yang berisi data jumlah orang-orang yang dijangkiti
mengikut mukim. Kategorinya ditandakan dengan warna-warna tertentu.
Dalam
daerah ini ada banyak mukim. Yang peliknya (dengan izin Allah SWT),
mukim tempat saya tinggal ini boleh dikatakan sentiasa berwarna
hijau. Hendak dapat 1 kes sehari pun sangat jarang ada. Selalunya
sifar kes setiap hari. Padahal
di mukim-mukim lain, boleh dikatakan selalu ada berpuluh-puluh kes
sehari termasuklah
di kawasan2 yang agak pedalaman seperti di sekitar Batu Kurau dan
Selama.
Di bandar Taiping memang banyaklah.
Ketika itu hampir setiap hari saya simpan gambar peta tersebut.
2.
MAKSUD
MIMPI KEDUA
(pelangi kekuning-kuningan di sebelah barat)
Pelangi
kekuning-kuningan = masalah kesihatan dan kesusahan
di tempat/mukim
ini
Sebelah
barat = kemudiannya,
kesudahannya,
selepas itu
Bermula
bulan Disember
2021 hingga Januari
dan Februari (*2022) ini, ramai
pula orang yang tidak sihat atau kurang sihat. Banyak orang meminta
khidmat rawatan tradisonal Islami/nabawi sehinggakan saya yang
separuh aktif memilih untuk aktif kembali
(*namun atas sebab2 tertentu, pada penghujung Mac 2022 saya berhenti
terus daripada merawat
sehinggalah sekarang).
Begitulah
maksud mimpi-mimpi tersebut. Wallahua'lam.
Februari
2022
TAMAT
7/1/22