Friday, December 24, 2021

Mimpi Rambut Panjang

 

PERSOALAN : Ada seorang hamba Allah lelaki Melayu Muslim berambut pendek bermimpi....... ketika dia mengusap rambutnya tiba2 terhurai beberapa helai rambutnya yang panjang sampai ke tengah belakang. Dia sangat terkejut - dari mana datangnya rambut panjang itu? Isterinya pun terkejut lalu menegur. Kemudian dilurut seluruh kepalanya. Rupa-rupanya bukan sekadar beberapa helai, bahkan sebahagian besar rambut belakangnya panjang sehingga ke punggung. Dia pun berasa sangat teruja. Apakah pengertiannya?



JAWAPAN : Seperti biasa, lain orang dan keadaan, lainlah tafsirannya. Mimpi ini bererti si lelaki itu ada keberanian yang tersembunyi dan tidak disedarinya pun selama hari ini. Oleh kerana hal-hal tertentu, dia terpaksa bertindak dan ternyata dia ada keberanian yang tersembunyi dalam dirinya yang dia tidak tahu pun wujud dan boleh dikeluarkan. Dan apabila diasahnya keberanian tersebut, ternyata pula potensi dirinya dari segi keberanian memang sangat di luar jangkaan.


PELAJARAN TAFSIR MIMPI KALI INI: Antara hal2 yang membantu terbentuknya tafsiran mimpi ini ialah situasi dunia dan penduduknya hari ini, keadaan orang yang bermimpi, keadaan isterinya, perasaan orang yang bermimpi, dan bangsanya. Sekiranya ada antara hal-hal ini yang berbeza, maka berbezalah tafsiran mimpi tersebut.


Bagi bangsa Melayu yang sedang dalam sesuatu perjuangan hari ini khususnya buat diri yang bermimpi, kita melihat kepada kesesuaiannya dengan pandangan sebahagian masyarakat Melayu pada zaman dahulu kala. Masyhur dalam kalangan mereka akan pantun yang berbunyi :


Apa guna kepuk di ladang,

jika tidak berisi padi?

Apa guna berambut panjang,

jika tidak berani mati?


Jadi, ringkas cakap rambut panjang dalam mimpi ini ialah keberanian.


HAL-HAL BERKAITAN :


1. Tafsir mimpi bukan ilmu teka2 atau rasa2. Sekiranya kita tidak tahu, terus akui tidak tahu tentangnya. Hal ini kerana sebarang kesilapan boleh membawa kesan buruk. Jika tidak ada ilmu tafsir mimpi, jangan dibuat2 ada. Mimpi tentang rambut misalnya, ia boleh membawa petunjuk tentang usia, harta, kebebasan, taubat, pasangan, anak-anak, perasaan, rumahtangga, pandangan orang, kekuasaan, hutang, ibadah haji, keagamaan diri, dan sifat (sebagaimana sifat berani dalam mimpi di atas). Kita tidak boleh main letak yang mana satu sahaja.


2. Antara tetamu yang datang berziarah (atas urusan Tarekat Ghazaliyah) baru2 ini ada yang bertanya tentang ilmu tafsir mimpi. Bahagian ini akan sahaya sentuh dalam penulisan selepas ini (sebagai sambungannya). Jangan terlepas daripada membacanya nanti.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

18/12/21

No comments: