Friday, December 24, 2021

Angkat Diri Sendiri Sebagai Jaguhan

 

Mereka dipandang sebagai jaguhan kerana sering dilihat sebagai pemenang, diiktiraf sebagai pemenang, bahkan sering kali mengangkat diri mereka sendiri sebagai pemenang. Semua lawan2 mereka diremehkan dan dicaci. Benarkah mereka benar2 pemenang?


Apabila diteliti syarat dan peraturan bertarung di gelanggang, barulah faham mengapa jadi begitu. Rupa2nya kehebatan mereka itu adalah kerana berlindung di sebalik undang2 dan peraturan2 pertarungan, bukannya atas kebenaran dan keadilan. Itulah talian hayat oksigen mereka dalam bertarung.


Antara syaratnya :

1. Mereka boleh guna tumbukan, tendangan pelbagai aras, lutut, siku, bahu dan kepala dalam memukul. Ertinya mereka boleh keluarkan semua "hujahan2" mereka untuk ditubi2kan terhadap kita.

2. Kita? Hanya boleh guna tumbukan dan tendangan aras bawah sahaja sebagai "hujahan" kita.

3. Sekiranya kita didapati ada menggunakan selain daripada itu, kita akan dianggap sebagai melanggar peraturan, malah menghina peraturan. Oleh itu lesen bertarung kita akan ditarik, kita didenda dan boleh dihukum.


Jadi apabila bertanding, biasanya kitalah yang lebih banyak tertekan. Lebih buruk lagi, para penonton yang tak berapa faham permainan sebegitu akan menyangkakan bahawa pertarungan itu memang adil dan jaguh2 pilihan mereka memang benar2 hebat.


Namun orang2 yang bermata hati tentu terfikir dan mahu mendapatkan jawapannya - mengapa salah seorang petarung asyik guna kepalan tangan dan tendangan aras bawah sahaja sedangkan pihak satu lagi bebas membelasah menggunakan pelbagai jenis "senjata".


Bagi adil dulu segala syarat, peraturan dan indang2 berkaitan, barulah muncul pemenang sebenar.

No comments: