Tuesday, December 28, 2021

Bakti Sang Sufi vs Mereka

Luahan/kongsian seorang pengamal sufi, lebih kurang ceritanya...


Salah seorang ahli berkumpulan : "Hai, ahli sufi bagi nasi lemak je?"


Pelajar sufi : ..............(terkejut tapi senyum) ini je yang mampu. Jaaadilah.

Lemah semangat hamba Allah tu 🙂


Kata kita, jangan patah semangat, teruskan sahaja jika berkemampuan lagi. Walau sekadar puluhan bungkus nasi lemak dan air mineral yang engkau hadiahkan berbanding beras, biskut, telur, sardin, gula dll yang mereka edarkan :


1. Bantuan yang engkau hulurkan itu menggunakan duitmu sendiri, sedangkan orang itu tadi tidak menggunakan wangnya sendiri. Dia sekadar menyampaikan barang2 yang dibeli oleh perkumpulannya dan yang disumbangkan daripada poket orang ramai. Engkau pemberi sedangkan dia hanya penyampai walaupun lagaknya seolah2 yang disampaikan itu adalah harta bendanya sendiri.


2. Bantuanmu itu engkau bawa dengan kenderaan sendiri dan duit minyakmu sendiri. Dia? Ada pihak yang menyedia, menaja dan membelanja.


3. Engkau hadir memberi bantuan lebih awal daripada mereka walaupun engkau serba kekurangan sedangkan mereka banyak kelengkapan dan anggota.


4. Engkau hanya bertiga sedangkan mereka berpuluh2 orang.


5. Engkau datang dengan merendah diri seolah2 orang yang turut terkesan dengan bencana dan tanpa rasa berjasa, tetapi sebahagian daripada mereka datang dengan meninggi diri lagi merasa mulia dan banyak jasa. Sebahagian mereka suka jika manusia lain merasakan mereka berjasa. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang ada ketinggian, kemuliaan dan berjasa. Selain Dia, kosong belaka.


6. Engkau tidak bergambar dan upload (walaupun tidak salah sekadar satu dua gambar sebagai percontohan kepada pihak2 lain) sedangkan mereka asyik bergambar di setiap rumah yang mereka singgahi dan begitu banyak gambar yang mereka upload. Entah omangsa2 itu berasa mulia atau berasa terhina dibuat begitu, tak tahulah.


7. Kalian berbuat tanpa mengharap sebarang balasan dan tanpa niat mempromosi sesuatu. Jika kalian ada berkata2 pun, kita yakin kalian akan promosikan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi mereka ada promosi langsung dan tidak langsung ke atas kepentingan2 mereka.


Ringkas kata, bantuan yang engkau dan sahabat2mu sampaikan itu insya-Allah lebih bererti di sisi Allah berbanding mereka. Maka, kuatkan kembali semangatmu. Sekadar mana yang terdaya, bantulah.


No comments: