Terjumpa seorang sahabat yang dulunya begitu aktif dalam dakwah, malah banyak membantu perkembangan dakwah saya juga. Namun dalam setahun lalu tiba-tiba dia jadi 'sejuk', boleh dikatakan sampai takat beku. Dia hanya bekerja pada siangnya, dan kemudiannya duduk diam-diam di rumah. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.
Baru-baru ini saya terjumpa sahabat saya ini. Tanpa ditanya, antara ayat awal yang keluar dari mulutnya ialah dia mengakui : "Sibuk dengan urusan dunia." Maksudnya, dia sedar akan 'kesejukan' dirinya itu.
Sahabat saya ini punya ramai kenalan, biasa berurusan dengan pelbagai jenis manusia, bersemangat dalam agama dan berkebolehan menguruskan aktiviti keagamaan. Memang berasa kehilangan apabila dia 'sejuk' secara tiba-tiba. Ada kemungkinan juga dia tidak puas hati dengan orang-orang tertentu. WaAllahu'alam.
Terkenang saya zaman kegemilangan dakwah ketika kami selalu bergandingan dahulu. Harap-harap dia akan kembali aktif. Semoga kami dapat bekerjasama lagi dalam memperjuangkan agama Allah ini.
1 comment:
Maaf kalau saya tersilap tulis, sekadar teringat sesuatu waktu baca entry ini ;
Seorang kenalan pernah berpesan pd saya, waktu berdoa jgn lupa sebut "Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati-hati kami setelah Kau tunjukkan kami jalan yang lurus"
Bukan maksud saya, kawan saudara dah berpaling dari landasan sebenar.
Tapi saya tujukan ayat tu untuk diri sendiri.
Setelah bangun,saya berharap saya tidak jatuh ditempat yang sama lagi dan lagi.
Post a Comment