Monday, January 31, 2011

Fiqh dan Perundangan Islam (3)

MAZHAB HANAFI

Asas mazhabnya ialah Al Kitab, sunnah, ijma’, qias dan istihsan.

Beliau telah menghasilkan sebuah kitab dalam bidang ilmu kalam iaitu al-Fiqh al-Akbar.

Dalam bidang hadith beliau mengahsilkan al-Musnad. Walau bagaimanapun tidak terdapat penulisan beliau di bidang ilmu fiqh. (ms 15)

MAZHAB MALIKI

Kitab beliau al-Muwatta’ adalah sebuah kitab besar dalam hadith dan fiqh.

Beliau telah membina mazhabnya berdasarkan 20 perkara. 5 daripada al-Quran dan 5 daripada sunnah, iaitu nas al-Kitab, zahirnya yakni umumnya, dalilnya yakni mafhum al-mukhalafah, mafhumnya yakni mafhum al-muwafaqah, tanbihnya yakni tanbih di atas ‘illah.

Yang lain ialah al-ijma, al-qiyas, amal ahli Madinah, qaul as-Sahabi, al-istihsan, sadd al-dharai meraikan khilaf, istidhab, al-masalihal mursalah dan syar man qablana. (ms 16)

MAZHAB SYAFIE

Di Baghdad, Imam Syafie telah mengarang kitab qadim bernama al-Hujjab yang mengandungi mazhab qadim. (ms 20)

Di antara hasil karya beliau ialah al-Risalah yang merupakan penulisan pertama di bidang ilmu usul fiqh, dan kitab al-Umm di bidang fiqh berdasarkan mazhab jadidnya. (ms 21)

Imam Ahmad berkata , “Imam Syafie ialah orang yang paling alim berhubung dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.” (ms 21)

Sumber mazhab Imam Syafie ialah al-Quran dan sunnah. Dituruti oleh ijma dan qiyas. Beliau tidak mengambil pendapat sahabat sebagai sumber mazhabnya kerana ia merupakan ijtihad yang berkemungkinan salah. Beliau juga tidak beramal dengan istihsan yang diterima oleh golongan Hanafi dan Maliki. (ms 21)

Beliau juga telah menolak masalih mursalah dan tidak bersetuju menjadikan amal ahlul Madinah sebagai hujah. (ms 21)

MAZHAB HANBALI

Imam Syafie pula berkata semasa beliau meninggalkan Baghdad menuju ke Mesir, “Aku keluar dari Baghdad dan aku tidak meninggalkan orang yang lebih taqwa dan paling alim di bidang fiqh selain Ibn Hanbal.”

Beliau menerima al-Quran, sunnah, fatwa sahabat, ijma, qias, istishab, masalih mursalah dan dharai’.

Imam Ahmad tidak mengarang kitab fiqh kerana sahabatnya telah menerima mazhabnya berdasarkan perkataan, perbuatan, jawapan-jawapan dan sebagainya.

Beliau telah mengahsilkan al-Musnad dalam hadith, yang mengandungi lebih daripada 40,000 hadith.

Beliau beramal dengan hadith mursal dan hadith dhaif yang boleh meningkat ke darjat hadith hasan, tetapi beliau tidak beramal dengan hadith batil dan mungkar. Beliau mengutamakan hadith mursal dan dhaif daripada qiyas. (ms 23)

MAZHAB ZAHIRI

(Pengasasnya) Abu Sulaiman Daud bin Ali al-Asfahani al-Zahiri.

Asas Mazhab Zahiri ialah beramal dengan zahir al-Quran dan sunnah selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa yang dikehendaki daripadanya ialah bukan makna yang zahir. Jika tidak ada nas, berpindah kepada ijma dengan syarat hendaklah ia merupakan ijma seluruh ulama. Mereka juga menerima ijma sahabat. Jika tidak didapati nas atau ijma, mereka menggunakan istishab, iaitu al-ibahah al-asliyyah (keharusan sediakala). (ms 25)

MAZHAB SYIAH ZAIDIYAH

(Zaid bin Ali Zainal Abidin bin al-Hussain) Imam golongan Syiah Zaidiyah yang dianggap sebagai mazhab ke-5 selain mazhab yang empat.

Imam Zaid mengutamakan Ali bin Abi Talib daripada sahabar Rasulullah saw yang lain. (ms 26)

MAZHAB SYIAH IMAMIYYAH

Pengasasnya ialah Abu Jaafar Muhammad bin al-Hassan bin al-Farrukh al-Saffar al-A’raj al-Qummi.

Ibn Farrukh ialah pengasas sebenar fiqh Syiah Imamiyyah di Parsi. (ms 27)

MAZHAB IBADIYYAH

Pengasasnya Abul al-Sya’tha’ al-Tab’i Jabir bin Zaid. (ms 28)

FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Terbitan DBP-KPM-KL 1995 (setakan kedua)

No comments: