Mengapa Al-Mahdi dipersiapkan dalam satu malam sahaja? Tentunya ada banyak faktor. Salah satunya adalah yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang sedang “diusahakan” dewasa ini. Hal ini ada sahaya tulis pada tahun 2007 lagi di blog lama dan sahaya pos di beberapa laman forum. Sayangnya blog lama itu sudah terhapus dan banyak penulisan sahaya termasuklah tentang hal ini sudah “hilang”. Ketika itu para pembaca belum dapat menangkap situasi yang dimaksudkan kerana belum wujud, belum menyebar dan belum terfikir lagi oleh umat akan era memuncak digital. Tetapi hari ini jika ia dihidangkan, insya-Allah sebahagian besar orang akan dapat menerimanya.
Insya-Allah pengajian intensif bersanad ilmu as-sa’ah (fardhu ad-diin keempat) aliran Imam al-Ghazali akan dimulakan batch pertamanya pada bulan Mac nanti. Untuk batch kedua mungkin selepas Syawal. Untuk batch pertama sudah cukup orang2nya. Untuk batch kedua dan seterusnya, tunggu makluman di FB Pak Long Abu Zulfiqar dan FB Tarekat Ghazaliyah.
19/1/23
No comments:
Post a Comment