Friday, February 9, 2024

10 TAZKIRAH PENDEK – Himpunan Februari 2024 (1)

 

1. Kita ikut sahaja aturan agama. Walau mungkin sekarang orang pandang kita salah, akhirnya nanti kebenaran kita akan dikeluarkan juga oleh Allah. Seawal2nya di dunia, selewat2nya di akhirat sana. Teguhkan hati dan sabar menanti.


2. Kita umpama di zaman Makkah. Al-Mahdi sendiri berhijrah dari Madinah ke Makkah. Maka gerak kerja juga seperti zaman Makkah – ilmu as-sa’ah.


3. Guru2 yang tersembunyi, selalu ada. Guru2 sebagaimana R4S, itulah yang dicita.


4. Banyak yang sekadar menanti zahirnya Mahdi yang jasmani hingga terlupa untuk menzahirkan Mahdi yang di dalam diri ruhani - pengajian ilmu as-sa’ah.


5. “Serang” dan boi kotlah pihak2 sebenar - yang biasanya berselindung di sebalik kebaikan dan kebajikan. Bukannya “serang” dan boi kot umpan2 yang mereka boleh korbankan agar mereka yang terselindung itu terus terpelihara.


6. Umat yang sudah terbudaya banyak berehat2, banyak berhibur2 dan banyak melayan kehendak2 memanglah amat lemah dan mudah terjajah.


7. Ada orang2 yang sedang solat tapi sedang ingat dunia. Ada pula orang2 yang walau sedang buat urusan2 dunia, tapi tetap sedang ingat Allah.


8. Di akhirat kita takut terterjun dari jambatan. Tapi di dunia makin ramai yang terjun jambatan.


9. Hidup akan terasa cukup jika kita berjaya kurangkan kehendak, demi kehendak, demi kehendak...


10. Dulu2 ketua2 sanggup korbankan diri untuk umat. Kini ketua2 sanggup korbankan umat untuk diri.

No comments: