Sunday, February 18, 2024

Bermimpi Akan Ustaz Abdullah Khandak

 

Pada tahun 1998 saya ada bermimpi akan seorang hamba Allah yang memakai pakaian biasa orang2 Melayu zaman dahulu (zaman2 sebelum Merdeka) iaitu berbaju Melayu, berseluar separas betis dan bersamping. Di kepalanya terlilit serban hitam yang agak tebal. Janggutnya secekak. Helaian janggutnya yang hitam dan putih lebih kurang sama banyak. Gayanya gaya pendekar. Tubuh badannya kekar. Wajahnya cerah, tenang tetapi ada ketegasan. Di pinggangnya ada keris atau parang (saya sudah lupa yang mana satu). Saya seakan2 punya hubungan rapat dengannya tetapi saya tidka pernah ketemu dan tidak tahu langsung identitinya.


Ketika itu dia sedang menghadiri satu macam perjumpaan di sebuah kawasan seakan2 pondok pengajian yang luas kawasannya. Banyak orang lain yang datang. Kebanyakannya berserban dan berjubah putih. Ada kain rentang bertulisan jawi di pintu gerbang. Kalau tak salah, antara yang tertulis di situ ialah perhimpunan guru2 agama, atau yang lebih kurang begitulah ayatnya.


Yang peliknya semua hadirin mempunyai sayap. Ada yang bersayap dua dan sebahagian lagi bersayap tiga. Di celah2 mereka ada 3-4 orang yang bersayap empat termasuklah si pendekar tadi. Ada yang kelihatan berjalan kaki dan ada yang terbang lalu turun ke tanah.


Semua berbondong2 berjalan ke dalam kawasan pondok menuju ke pusatnya di tengah2. Sampai di suatu tempat, semua yang bersayap dua berhenti. Sampai suatu tempat pula, semua yang bersayap tiga pula berhenti. Sementara itu yang bersayap empat terus masuk jauh ke dalam, entah ke mana. Mungkin ke pusatnya di tengah2. Wallahua’lam. Tamatlah mimpi.


Apabila bertemu dengan mursyid, saya pun ceritakanlah mimpi tersebut. Katanya yang berwatak pendekar bersayap empat itu ialah gurunya sendiri iaitu Tuan Guru Abdullah Khandak (biasa disebut orang sebagai Ustaz Dollah Kandak). Ertinya dia ialah guru kepada guru saya. Memang namanya ada dalam jalur salasilah Tariqah Ghazaliyah. Patutlah terasa macam ada hubungan.


Ustaz Abdullah Khandak ini ialah salah seorang pejuang yang menentang penjajahan. Kisahnya seakan2 cerita Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan seumpamanya juga.


16/2/24

No comments: