PERTANYAAN : Assalamualaikum. Semoga sihat. Mohon pandangan dan nasihat... adakah saya perlu menjadi seorang perawat Islam secara konsisten?
Semalam dalam perjalanan untuk ke rawatan perdana (*untuk berkhidmat sebagai perawat), saya diuji dengan kerosakan kereta. Maka saya tak jadilah ke rawatan perdana. Setelah kereta siap dibaiki, saya pun berziarah ke rumah ipar2. Hasil ziarah - saya berdakwahlah tentang kepentingan ilmu fardhu ain. Jadi mereka nak minta dibuat kelas fardhu ain. Adakah perlu saya fokus pada kelas farhu ain sahaja? Sekadar dapat daripada perjalanan semalam.
Bulan ini saya ada bermimpi akan Habib Umar dan Baba Ismail Sepanjang. Saya bersalaman dengan Habib Umar sambil cium tangnnya. Baba Ismail Sepanjang pula pegang lidah saya.
Hujung tahun lepas saya ada bermimpi akan Syeikh Ali Jum’ah dan bersalaman cium tangannya.
Dalam masa yang sama saya juga ada mimpi merawat dalam tidur.
JAWAPAN :
Waalaikumussalam.
Berdasarkan pengalaman tersebut (mahu ke rawatan perdana, tiba2 kereta rosak, lalu bertukar aktiviti kepada menziarahi ipar2, lalu mereka pula tiba2 menyatakan minat dengan kelas fardhu ain)....... SEOLAH2 Allah melorongkan tuan ke arah meyampaikan pengajian2 fardhu ain. ADA KEMUNGKINAN juga begitu.
Dalam ilmu tafsir mimpi, cara soalan datang mempengaruhi juga tafsirannya. Kadang2 apabila beberapa mimpi ditanyakan sekaligus, ertinya mimpi2 itu saling berkait walaupun mimpi2 itu berlaku pada masa yang berlainan. Jadi, pada pandangan sahaya, semua mimpi di atas saling berkait rapat.
Setakat pemahaman sahaya, ketiga2 mimpi itu berkaitan dengan al-ihsan (tasawuf), al-iman (aqidah) dan al-islam (fiqh).
i) Mimpi bertemu dengan Syeikh Ali Jum’ah, ertinya dari segi fekahnya, tuan akur dan mengikuti Mazhab Fekah Imam asy-Syafi’i. Inilah ilmu fardhu ‘ain yang akan terus tuan sampaikan.
ii) Mimpi bertemu dengan Baba Sepanjang lalu dipegang lidah olehnya, ertinya dari segi aqidah, tuan mengikut Mazhab Akidah Imam al-Asy’ari. Inilah ilmu fardhu ‘ain yang akan terus tuan sampaikan. Namun begitu, (dipegang lidah itu ertinya) jangan berdalam2 dan berpanjang2 dalam menyampaikan pada bahagian ilmu kalam.
iii) Mimpi bertemu dengan Habib Umar, ertinya dari segi tasawuf, tuan akur dan mengikuti Mazhab Tasawuf Imam al-Ghazali. Inilah ilmu fardhu ‘ain yang akan terus tuan sampaikan.
Setiap tokoh di atas melambangkan kepakaran bidang masing2.
Berdasarkan ta’wilan mimpi2 di atas, nampak memang lebih kuat Allah melorongkan tuan kepada menyampaikan ilmu2 fardhu ‘ain.
Mimpi merawat itu pula, ertinya tuan akan kurang merawat. Macam sahaya juga, sesekali mimpi merawat. Ertinya sahaya akan kurang merawat. Tapi itu tidak bermaksud jangan merawat atau berhenti merawat. Boleh sahaja diteruskan aktiviti merawat tetapi dengan sendirinya ia akan berkurangan terutamanya kerana kekangan masa. Contohnya kalau sebulan sekali sertai rawatan perdana, ok dah tu.
Begitulah lebih kurang erti gabungan mimpi2 tersebut. Wallahua’lam.
BALASAN :
Allah... Allah... Allah... terima kasih tuan kerana tolong tafsirkan mimpi saya. Rasanya tafsiran tuan kena (*sepadan) dengan kehendak hati saya. Saya memang nak kurangkan merawat iaitu hanya apabila orang2 terdekat dan apabila guru perubatan Islam saya minta. Baru2 ini saya ada merawat dan membimbing seorang mangsa sihir yang sudah buta sebelah mata. Saya bagi amalan yang agak tinggi dosnya dan aya pantau 40 hari. Alhamdulillah beliau pulih biiznillah.
Sebenarnya jawapan tuan sangat tepat dengan masanya – bersamaan ulang tahun sambutan Isra’ Mi’raj, iaitu hari yang Allah hilangkan kesedihan Rasulullah. Jawapan tuan menghilangkan kesedihan saya dalam berhadapan dengan orang ramai. Doakan saya tuan.
7/4/24
No comments:
Post a Comment