Wednesday, February 21, 2024

Kepentingan Ilmu Membeza

 

Ilmu membeza ini amatlah penting. Jika tidak tahu atau gagal membeza yang mana Allah dan yang mana bukan, yang mana Zat Allah dan yang mana zat makhluk, yang mana Al-Haqq dan yang mana batil - hancurlah segala-galanya. Engkau kemungkinan besar akan terIlah, tersembah, berabdi dan beribadah akan selain Allah yang disangkakan sebagai Allah.


Antara tujuan utama Rasul2 dan nabi2 diutus adalah untuk membeza, kitab2 suci diturunkan untuk membeza, para ulama diwujudkan untuk membeza, dan karya2 mereka berisi ilmu membeza – yakni membezakan antara yang haqq dan yang batil, antara yang benar dan yang salah.


Allah SWT berfirman : “Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). (Ali Imran : 4)


Saah satu nama Al-Quran ialah Al-Furqaan yang bermaksud “yang membezakan antara yang benar dan yang salah”. Saiyidina Umar r.a juga dikenali sebagai Umar al-Faruq iaitu Umar yang menjadi pembeza antara kebenaran dan ketidakbenaran.


Allah Azza wa Jalla berfirman : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah : 185)


Firman-Nya : Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.” (Al-Anbiya’ : 48)


Yang bersayap lapan, berwarna merah dan melompat2 dari awan ke awan itu Zat Allah atau bukan?


Orang2 yang ada ilmu membeza, insya-Allah dalam satu detik sudah boleh menyaring. Bagi yang tidak punya, antara kemungkinan yang wujud :

i) Akan tersalah. Contohnya , “Allah le tu. Itulah Ilah kita. Kita kena berabdi dan menyembahnya.”

ii) Akan ragu2, was2, agak2 dan tidak pasti. Padahal dalam hal aqidah tidak boleh agak2. Contohnya, “Tak pasti le itu Allah atau bukan. Mungkin ye mungkin tidak. Rasa macam bukan Dia, tapi... entahlah.”

iii) Akan tersesat. Contohnya, “Itulah Zat Allah. Semuanya Zat Allah. Tidak ada membeza. Tidak ada haqq atau bathil kerana semuanya haqq. Tidak ada benar atau salah kerana semuanya benar. Maka, itulah Ilah kita, itulah Rabb kita, itulah Malik kita, kita berabdi kepadanya, itulah sembahan kita, itulah zat kita. Semuanya sama tanpa beza.”


Alankah bahayanya jika tiada ilmu membeza dan tidak mahu membeza. Iblis dan syaitan suka jika kita tiada ilmu membeza dna tidak mahu membeza. Tiada kemampuan untuk membeza itulah yang mewujudkan para pengIlah benda2 alam sekeliling, para penyembah berhala, para pengabdi kepada makhluk2 ghaib, orang2 yang menjadikan manusia sebagai Rabb, yang menjadikan benda2 langit sebagai tuhan, yang menyangkakan makhluk sebagai Allah, dan sebagainya.


Firman-Nya : Katakanlah : "Patutkah kamu berabdi (beribadah, menyembah, berIlah, berTuhankan) kepada sesuatu yang lain daripada Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Al Maidah : 76)


Ilmu membeza ini daripada Allah SWT, merupakan ilmu rasul2 dan nabi2. Lagi tinggi maqam, lagi tinggilah ilmu membezanya yang dianugerahkan oleh Allah. Lagi “hampir” kita kepada Allah, lagi cekaplah kemampuan membeza kerana kita semakin “menghampiri” Dia Yang Maha Bijaksana dalam membeza.


Firman-Nya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah (melainkan hendaklah dibezakan), dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah : 42)


18/2/24

No comments: