1. Jiwamu memang akan selalu menderita jika engkau sudah terbiasa melayan kehendak2, kerana enkau terpaksa memenuhinya walaupun ketika engkau sedang susah.
2. Manusia masih sibuk berhabis2an mahu membetulkan masalah di hilir sungai, padahal puncanya di hulu sungai diabaikan sahaja.
3. Ada juga pembawa akidah Namrud dan Firaun yang bertopengkan kelulusan dan title keagamaan. Sangat berhati2lah.
4. Penulisan2ku banyak kepada membangkitkan diri, menaikkan semangat, menjana keberanian, menyemarakkan jiwa perjuangan, menundukkan dalih2 dan alasan2, serta melemahkan syaitan2 diri.
5. Hendak perjuangkan ummah ini sendirian, kita tak akan mampu. Sebab itulah kita kena berusaha dan berikhtiar secara berjemaah. Berjemaah itu tidak semestinya dengan jemaah yang rasmi sebagai jemaah.
6. Amat sukar untuk kita dapatkan tabib2 yang benar2 nak menyembuhkan, sebaliknya nak kita terus bergantung kepada mereka.
7. Tidak punya rasa malu atau sangat kurang rasa malu itu beransur2 jadi normal baharu. Banyak manusia sudah tidak kesah akan pandangan orang.
8. Luar biasa lazatnya pabila kita diberjayakan oleh Allah untuk membawa orang2 yang sekadar tahu Allah naik kepada kenal Allah dan seterusnya naik kepada cinta Allah.
9. Ada ilmu dan amal yang perlu dizahirkan serta-merta. Ada pula yang dizahirkan pabila tiba masa dan suasana – mengikut as-sa’ahnya.
10. Terhadap Allah,
terhadap aturan dan hukum-hakamnya...
Pabila engkau berasa lazat untuk taat,
itu sangat besar manfaat.
Tetapi jika engkau berasa lazat untuk tidak taat,
itu sangat besar mudarat.
No comments:
Post a Comment