1. Allah jadikan sistem pertahanan dan pemulihan semulajadi tubuh kita dengan sangat hebat, sangat kuat lagi luar biasa. Yakinlah.
2. Semalam mungkin engkau pandai kerana engkau berfikir mahu mengubah dunia. Tetapi hari ini engkau lebih pandai kerana engkau mahu mengubah dirimu. Semoga esok engkau lebih pandai kerana engkau mahu mengubah dirimu dan mengubah dunia.
3. Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian... tetap ada gunanya. Sekurang2nya dapat mengurangkan kemudaratan.
4. Posting daripada orang2 yang banyak tertawa, suka mencarut, suka memaki hamun - janganlah engkau harap nak dapatkan adab2, penghayatan dan ma'rifah, melainkan sekadar maklumat2 agama shja.
5. Yang iri hati lebih banyak daripada yang ikhlas meraikan. Apabila sengkau sudah faham dan dapapt terima realiti ini, hatimu akan selalu tenteram.
6. Jika mahukan perubahan, kita kena sama2 bangun bertindak dan perjuangkan perubahan yang diingini. Jika kita mahukan perubahan tapi tak berusaha, umumnya tak adalah perubahan. Malangnya apabila tidak berlaku perubhan, kita akan salahkan orang. Padahal kita sendiri tidak bertindak pun.
7. Permusuhan, huru-hara, dan peperangan boleh bermula dengan penipuan. Persahabatan, kedamaian dan kemajuan boleh dimulakan dengan menyatakan kebenaran.
8. Lebih baiklah orangnya tidak hebat tetapi jalannya benar, daripada orangnya hebat tetapi jalannya tidak benar.
9. Antara kualiti yang perlu ada untuk mengharungi zaman akhir – usaha semampunya untuk tahan maki, tahan perli, tahan pulau, dan tahan diskriminasi.
10. Kadang2 orang tercari2 kita bukan kerana kita berduit, berkuasa, berupa, berkedudukan dsb tetapi krna kita boleh dan mahu dipergunakannya. Berhati2lah.
No comments:
Post a Comment