Anak2ku. Kadang2... apabila sesuatu fitnah besar itu berlaku, kalian boleh sahaja menyelamatkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Dengan cara begitu (dan pastinya dengan izin Allah SWT), peluang untuk diri sendiri terselamat itu sangat cerah. Katakanlah 99% (sekadar percontohan sahaja).
Namun kalian kena ambil risiko iaitu dengan berusaha dan berikhtiar untuk menyelamatkan keluarga juga. Lalu peluang untuk diri sendiri terselamat sudah kurang cerah. Katakanlah tinggal 60%. Tapi kalian tidak pernah diajar untuk pentingkan diri sendiri sahaja. Ada amanah yang kalian perlu tanggung. Maka kalian kena ambil risiko ini.
Seterusnya kalian tambah risiko lagi dengan berusaha dan berikhtiar untuk menyelamatkan ummah pula, sekurang2nya sebahagian daripada ummah, sekadar kemampuan kalian. Hal ini membuatkan peluang untuk diri sendiri terselamat itu jadi lagilah kurang cerah. Katakanlah tinggal 35%. Tetapi kalian yang abi lorongkan selama hari ini untuk mencontohi R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain), tetap kena ambil risiko ini, sebagaimana R4S juga.
Kita mesti mencintai diri, dan kita mesti mencintai diri-diri iaitu ummah. Itulah jalan R4S. Dalam pelajaran tasawuf yang abi sudah ajarkan, kesemua diri itu adalah satu diri sahaja. Jika masih ternampak pemisahan, ertinya lemahlah ma'rifat kalian.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
- Halaqah usrah keluarga
26 Oktober 2022
No comments:
Post a Comment