Tuesday, February 28, 2023

Ilmu daripada Qalbu ke Qalbu

 

Ilmu qalbu ini daripada qalbu ke qalbu. Sebab itu mesti berhadapan qalbu (mesti ada guru). Berpindahnya ia daripada qalbu yang ikhlas kepada qalbu yang ikhlas. Barang bersih suci lagi bernilai tinggi tidak dapat bertempat pada "lokasi" yang kotor bernajis lagi murahan. Bersihkan, lapangkan dan hiaskan tempat pendaratan, maka mudahlah mendaratnya, banyak mendaratnya dan selalu mendaratnya. Tetapi jika lapangan terbangnya kotor, sempit dan buruk, pesawat2 pun tidak berminat untuk menjadikannya sebagai tempat mendarat.


Pendek kata ia tidak boleh diteka-teka, dirasa-rasa (walaupun boleh dirasa), dipandai-pandai sendiri, dipuzzle2kan, dan seumpamanya.


Tahun-tahun dalam hayat kita ini ibarat peti-peti. Setahun satu peti. Peti-peti itu mesti diisi dengan ilmu2 dan amal2 qalbu. Sudah berapa banyak peti yang kosong tidak berisi atau ringan kerana kurang isi selama hidup kita ini? Kita tidak tahu ada berapa peti lagi yang akan kita perolehi. Boleh jadi... peti yang ada ini ialah peti yang terakhir. Boleh jadi. Masihkan kita tidak mahu berkorban untuk memenuhkannya?


Ilmu anggota (fekah) sudah agak banyak, ilmu aqal (aqidah) sudah agak banyak, jangan abaikan ilmu qalbu (tasawuf).


Ilmu qalbu - ilmu tungku al-ihsan yang dikenali juga sebagai ilmu tasawuf. Sufi, tarekat, ma'rifah, akhiruddin, kamaluddin dsb berkait rapat dengan ilmu qalbu ini.


28/2/23

No comments: