Siam, era selepas kejatuhan kerajaan2 Islam...
Wakil raja 1 : Seluruh harta benda tuan hamba akan dirampas. Tuan hamba sekeluarga akan kehilangan rumah, tanah, pekerjaan dan pendapatan.
Haji Narong : Allah.... Kalau sudah begitu nasib kami, apa lagi yang boleh kami buat. Tapi harap2nya tidaklah sampai terjadi yang sedemikian. Kami akan usaha, ikhtiar dan berserah kepada Allah sahajalah. (Lesu dan sayu sahaja kata-katanya)
Wakil raja 1 : Kami tahu tuan hamba sanggup (maksudnya wakil2 raja itu memang sudah bersedia, sudah terlatih lagi mahir dengan urusan mereka). Tapi kami akan buat............... (begini, begini dan begini).......................
Haji Narong : (Menundukkan kepala agak lama. Sangat tidak disangkanya sampai sebegitu sekali. Lagi fahamlah dia akan hal yang telah menimpa Baba Asar, Tok Guru Harun dan Pendekar Tapa beberapa lama dahulu) Yang itu semua bertentangan dengan agama hamba dan agama tuan hamba sekalian. Takkan tuan2 nak buat?
Wakil raja 1 : Kami hanya menurut perintah baginda.
Haji Narong : (Tiada pilihan nampaknya kerana akan melibatkan banyak orang) Baiklah. Hamba bersetuju untuk mendiamkan diri. Hamba tak akan bersuara mengajak orang lain mengkritik raja dan pemerintahannya.
Wakil raja 1 : Bagus! Tapi tidak semudah itu tuan hamba. Tuan hamba juga dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan baginda.
Haji Narong : Ada syarat pula? Baiklah. Apakah syarat2nya?
Wakil raja 1 : Yang pertama, tuan hamba tidak boleh mengajar agama secara terbuka seperti di masjid2, pondok2 dan majlis2 di Selatan Siam ini. Yang kedua, tuan hamba tidak boleh mengubat orang lagi. Yang ketiga, tuan hamba tidak boleh solat berjemaah dengan orang lain (di masjid). Yang keempat, tuan hamba hanya boleh hadir solat Jumaat sekali dalam setiap tiga minggu.
Haji Narong : Oh, begitu?.... Tak mengapalah. Hamba faham akan matlamat semua itu. Buat masa ini, hamba bersetuju.
Wakil Raja 2 : Terima kasih atas kerjasama tuan hamba. Selain itu, untuk memastikan yang tuan hamba benar2 tidak mengubat lagi, nanti hamba akan datang lagi.
Diringkaskan cerita, ketiga-tiga orang wakil raja itu pun beredar.
MALAMNYA
Haji Narong bermimpi dikunjungi oleh Wakil Raja 2.
Wakil Raja 2 : Hamba akan buatkan air. Kemudian tuan hamba minum air itu. (Seolah-olah sudah sedia tahu yang Haji Narong akan menolak jika diberi air yang dibawa olehnya...) Tuan hamba boleh ambil sebekas air sendiri. Letakkan di depan tuan hamba. Hamba akan bacakan mentera dari sini sahaja. Hamba cuma mahu pastikan yang tuan hamba minum air itu. Itu sahaja.
Haji Narong : (Air dari rumah sendiri, tiadalah apa yang hendak dikhuatirkan sangat. Dia pun membawa air yang dikehendaki. Setelah dimentera dan diisyaratkan dari jauh, Haji Narong pun diarahkan meminumnya. Haji Narong dengan yakin pun meminumnya)
Setelah itu Wakil Raja 2 pun bermohon diri lalu berangkat pergi. Mimpi Haji Narong pun berakhir. Ternyata bukan calang2 orang dan bukan calang2 latihan yang dilalui oleh wakil2 raja Thai itu.
KEMUDIANNYA
Ternyata Allah izinkan juga sebahagian daripada hajat Wakil Raja 2. Sejak hari itu Haji Narong terperasan bahawa pengetahuannya dalam perubatan "agak meluntur". Nasib baiklah ilmu2 agamanya masih utuh.
Perubahan kehidupan Haji Narong memag terasa pelik pada pandangan masyarakat. Di sana sini masyarakat bercakap. Tetapi Haji Narong berdiam diri sahaja.
"Kalau tidak berada-ada, masakan tempua rendah sarangnya."
HUJUNGNYA
Kerajaan2 Islam di selatan Thai gagal bangkit kembali. Kemudian Inggeris pula datang dan pengaruhnya makin kuat hinggakan Thailand terpaksa buat rundingan demi rundingan, sebagaimana yang masyhur dalam sejarah itu. Arah ke selatan Segenting Kra terus berada di bawah kekuasaan Thai. Anak cucu Haji Narong terpaksa berhijrah senyap2 ke Kedah lalu berketurunan di sana dan sekitarnya.
12/2/23
No comments:
Post a Comment