Perahu yang kita tumpangi agak besar dan panjang. 40 orang muatannya beserta barang2. Tiba2 perahu terlanggar karang. Kita pun ternampak ada bahagian yang berlubang. Air mula masuk perlahan-lahan dan semakin lama semakin banyak sedangkan kita di tengah lautan.
Kita pun mula mengajak orang2 lain untuk berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Yang ambil peduli hanya beberapa orang. Selebihnya tidak mahu terlibat dan ada yang berkata :
Alah, bahagian bocor tu sikit, kecil je pun! Bahagian2 tak bocor di perahu ni 99.9 %. Apasal sibuk2?
Tak suka perahu ni, buat apa naik? Naik le perahu lain!
Alaa... banyak lagi perahu lain yang lebih teruk. Relax le.
Kita berserah dan bertawakal je kepada Allah. Dia Maha Kuasa lagi Maha Tahu.
Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Kita tunggu je.
Apa yang Allah tentukan bagi kita tu pastinya yang terbaik. Redha je.
Allah berkuasa, makhluk tak dak kuasa.
Kita usaha setakat yang termanpu sahaja. Orang2 yang mampu usaha berdoa sahaja, maka mereka usaha setakat berdoa sahajalah. Allah tak akan beratkan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung.
Setiap orang ada masalahnya sendiri. Tak perlu nak ajak-ajak orang.
Saya bersyukur dan berbangga kerana kita ada juga perahu untuk kita tumpangi (dengan wajah sangat puas hati)
Sikap positif je, jangan negatif. Relax bro.
Jangan berat2kan kepala. Nanti kita jugak pening.
Kalau kita asyik takut2kan diri, nanti jadi anxiety, kemurungan.
Ramai lagi tokoh2, otai2, ahli2, pakar2 atas perahu ni, semua tak sibuk pun. Kalau bahaya, dah tentu mereka sibuk.
Eh, banyak lagi le benda lain yang kita kena fikir.
Engkau dengan cara engkau, Aku dengan cara aku.
Setiap orang ada kerja. Tuan buat kerja tuan, saya buat kerja saya. Kita buat kerja masing2.
Engkau siapa? Apa level? Kelulusan akademik?
Encik parti apa?
Hmmm.... nak cari nama le tu. Nak cari pengaruh le tu.
Eleh... semuanya dia aje yang betul! Orang lain semua salah!
Kalau pandai sangat, buat je le sorang2.
Dunia semua ni. Dunia hanya sementara. Jangan kalut-kalut.
Allah dah janji penyelamat akan datang. Kita tunggu je.
Bagi para ahlullah, tiada kerisauan dalam hati mereka. Apa yang datang, hadap sahaja dengan tenang.
Takkan tengelam dek karam. Takkan basah dek air. Takkan lemas dek laut. Takkan hancur dek jerung. Dengan izin Allah. Inilah jalan para wali.
Zaman sekarang semua perahu terkena fitnah kebocoran. Kita dah berada dalam"sistem". Tak boleh buat apa dah. Usaha dan ikhtiar gigih ke, tak gigih ke, langsung tak mengubah apa-apa.
Kita pakai pegangan majoriti ahli perahu je.
Aku ada tok guru. Aku ikut tok guru aku aje. Dia tak suruh, aku tak buat le.
Kalau kita bising2, nanti orang tak suka kat kita. Kita jugak yang susah nak buat itu ini. Elok berdiam je lah.
Perahu kita ni ada nakhoda, ada tekong. Dia suruh kita duduk diam, kita duduk diam je la. (Tapi nakhoda dan orang2nya sudah pakai jaket keselamatan sedangkan untuk penumpang2 lain tak punya)
Firman-Nya Azza wa Jalla : "Dia (Allah) tidak dipersoal tentang apa yang Dia lakukan, tetapi merekalah (kita makhluk berakal) yang akan dipersoal (tentang apa yang mereka lakukan)." (Al-Anbiya' : 23)
22/2/23
No comments:
Post a Comment