UJIAN2 ini berkait rapat dengan TANGGUNGJAWAB, seolah-olah satu badan.
CONTOH JENIS 1 - Ujian dan tanggungjawab yang memang TAK SAMPAI kepada kita
- Ada orang yang lahir2 sahaja ibu bapanya sudah bercerai lalu dia dan kakaknya dibela oleh orang lain. Maka dia terpaksa hadapi ujian dan tanggungjawab hidup tanpa ibu bapa dan menjaga kakaknya sampailah dewasa dan mungkin sampai tua. Tapi kita dan kakak kita lahir dan hidup bersama-sama dengan ibu bapa kita. Ertinya kita terlepas daripada terkena ujian dan tanggungjawab sebagaimana orang tadi. Maka ringanlah ujian dan tanggungjawab kita dari sudut itu di dunia ini. Kita tidak dimurkai oleh Allah dalam hal ini kerana ujian dan tanggungjawab itu memang tak terkena kepada diri kita.
- Contoh2 lain - kita tak dilahirkan cacat, tidak hidup miskin, tidak jadi mangsa fitnah, tidak tinggal di negara berperang, tidak ada ahli keluarga yang sakit, tidak pegang jawatan tinggi, dsb.
CONTOH JENIS 2 - Ujian dan tanggungjawab yang TERLEPAS daripada kita (sedangkan sebelumnya memang kena pada kita)
- Ketika berusia 30 tahun, ibu bapa kita meninggal dunia. Maka kita TERLEPAS daripada ujian dan tanggungjawab berkaitan mereka. Ringanlah ujian dan tanggungjawab kita. Tapi ada orang lain yang sampai umurnya 60 tahun pun ibu bapanya masih hidup. Maka tentunya ada ujian dan tanggungjawab berkaitan mereka yang terpaksa dia lalui. Kita tak berada dalam kedudukan yang macam dia. Namun kita tidak dimurkai Allah dalam hal ini kerana ujian dan tanggungjawab itu memang sudah terlepas daripada kita.
- Contoh2 lain - ada orang tolong langsaikan hutang kita, kita sembuh daripada sakit berpanjangan, pulang dari medan perang, terlepas daripada fitnah, musuh lama jadi sahabat, ibu saudara hadiahkan kenderaan kerana kita tidak mampu membelinya, dapat pergi menunaikan haji dsb.
CONTOH JENIS 3 - Ujian dan tanggungjawab yang memang KENA kepada kita
Kita ada abang/kakak/adik yang OKU dan sepatutnya kita yang kena menguruskan kehidupannya. Kita dua beradik je pun. Ini ujian dan tanggungjawab ke atas kita. Tapi untuk ringankan ujian dan tanggungjawab tu, kita sengaja abaikan saudara kita itu. Memanglah ujian dan tanggungjawab kita akan jadi ringan dalam hidup di dunia ini tapi... di akhirat nanti teruklah kita kena berkali2 ganda beratnya. Ringkas kata, kita dimurkai Allah dalam hal ini walaupun ujian dan tanggungjawab kita di dunia jadi ringan, kerana ujian dan tanggungjawab itu memang kena pada kita.
- Contoh2 lain - tidak mahu CUBA BERUSAHA DAN BERIKHTIAR jika ada orang susah lalu kita sengaja tidak bantu, jika ada penyelewengan/kezaliman lalu kita sengaja berdiam, jika ada orang jahil datang memohon ilmu penting lalu kita sengaja tidak mahu mengajar, jika rumah/diri kita kotor lalu sengaja tidak membersih dan mengemaskannya, jika kita pula tiada ilmu yang penting2 bagi kita lalu sengaja tidak pergi belajar, anak saudara kita terfitnah lalu kita sengaja tidak membantunya, cucu kita terjatuh ke dalam lubang yang dalam lalu kita sengaja tidak mengeluarkannya dsb.
KESIMPULANNYA
Jadi, ada pelbagai jenis ujian dan tanggungjawab dari segi diri sendiri, agama, keluarga (ibu bapa, datuk nenek, adik-beradik, saudara-mara, pasangan, anak cucu), kawan, jiran, masyarakat, umat, jemaah, kerjaya, era/zaman/masa, lokasi, harta, kenderaan, tempat tinggal, makan-minum, dan sebagainya.
Untuk ringankan ujian dan tanggungjawab di dunia ni tak susah - ikut je jenis ke-3. Abaikan sahaja mana2 hal daripada senarai di atas tadi, maka ringanlah ujian dan tanggungjawab kita. Itulah yang banyak orang buat. Abaikan yang itu, abaikan yang ini, tinggalkan yang itu, tinggalkan yang ini, ketepikan yang itu, ketepikan yang ini.... memanglah akan kurang ujian dan tanggungjawab. Hidup akan terasa lebih lapang atau banyak berkurang sempitnya... di dunia ini.
Tapi sebagai ahli sufi, bahkan bagi walau orang biasa pun, ujian dan tanggungjawab jenis 3 ini mesti diterima dan dihadap...setakat mana yang mampu. Tak boleh diabaikan melainkan jika memang ternyata di luar daripada kemampuan kita. Setelah kita berusaha dan berikhtiar dengan gigih, dan ternyata memang di luar daripada kemampuan kita, maka bolehlah kita tinggalkan. Itu pun dengan masih pasang niat untuk melaksanakannya pada masa akan datang sekiranya diberi peluang oleh Allah.
Nak bertahan hadap ujian2 dan tanggungjawab2 jenis ke-3 ini le yang jenoh sangat, sebab kena banyak menderita dan banyak berkorban. Tapi... akan cuba hadap juga le.
16/2/23
No comments:
Post a Comment