Zaman berusia 16 hingga 21 tahun, waktu tidur harian saya memang sangat sedikit iaitu sekitar 1 ke 3 jam sahaja tetapi badan tidaklah lesu kerana masih muda. Apabila masuk ke kolej, biasanya tidur dalam 4 1/2 jam sehari. Zaman bekerja pula, biasanya tidur 3 1/2 jam sehari. Zaman sudah berkahwin dan beranak-pinak pun begitu juga. Tetapi apabila usia mencecah 5 siries, memang terasa pemulihan tenaga itu agak lambat berlaku dan perlu rehat lebih lama. Jika masih mahu mempertahankan 3 1/2 jam sahaja sehari tidurnya, selalunya pada waktu siang akan kena tampung semula dengan melenakan diri pula walaupun saya tidak suka tidur. Purata dalam sehari semalam nampaknya kena tidur lebih kurang 5 jam. Jika selama ini biasa ternampak saya masih aktif di media2 sosial sehingga pukul 1.30 pagi, kini cadangnya pukul 12 tengah malam kena menghilangkan diri dah.
Tapi saudara saya lagi kurang tidurnya. Umurnya 49 tahun (muda setahun daripada saya) tetapi tidurnya masih lebih kurang dua jam sahaja sehari. Tahan sungguh matanya dan kekal sihat juga. Rezeki masing-masing.
Bukankah ada pihak yang menyarankan agar kita tidur contohnya selama 8 jam sehari? Mungkin itu saranan yang berbentuk umum. Yang secara khususnya tentulah akan mengikut tubuh badan setiap individu. Secara peribadi pula (untuk diri saya sahajalah, untuk orang lain tidak termasuk), jika saya tidur lama - badan akan jadi lemah, kerap terasa malas, fikiran kurang cerdas, dan jadi agak lembab dalam pelajaran2 keruhanian.
Namun edaran masa dan usia kenalah diterima. Apabila memandu jauh dan lama, nak kena tambahlah jam tidurnya. Apabila lebih buat kerja-kerja berat sikit, nak kena tambah pula jam tidurnya. Zaman lasakmu sudah berlalu. Sedar2lah wahai diri.
Usia Rasulullah saw lebih kurang 63 tahun. Usia Imam al-Ghazali lebih kurang 55 tahun. Orang2 muda jangan banyak tidur. Nanti rugi banyak perkara. Masa mudalah kita kejar agama. Dah tua nanti tenaga makin kurang, benak hati makin menunjang, penyakit makin datang, dan dok nampak "jalan pulang". Tambahan pula pada zaman akhir nanti, mati mengejut atau terlantar mengejut beramai2 itu akan menjadi "norma baharu". Sementara masih ada peluang, kampoi dan pulun sungguh2.
6/2/23
No comments:
Post a Comment